Ferrari bekal enjin buat Toro Rosso

Ferrari bekal enjin buat Toro Rosso

LONDON, 3 Dis (Reuters) – Badan induk Formula Satu bersetuju dengan perubahan peraturan yang membenarkan Ferrari untuk membekalkan pasukan Toro Rosso dengan enjin berusia setahun bagi musim depan.

Persekutuan Automobil Antarabangsa (FIA) berkata dalam satu kenyataan semalam unit–unit kuasa homologi (diluluskan untuk digunakan) pada musim-musim sebelumnya yang sekarang diluluskan semula bagi 2016.

“Sebelumnya tiada pengilang dapat membekalkan lebih dari satu spesifikasi unit kuasa,” kata F1A.

“Majlis Sukan Bermotor Dunia juga menasihatkan FIA telah bersetuju bagi Ferrari untuk membekalkan pasukan pelanggan keempat dengan Unit kuasa spesifikasi pada 2016.”

Persetujuan rasmi belum lagi diumumkan.

Ferrari sudah dijadualkan untuk membekalkan Sauber dan pasukan Haas yang berpangkalan di AS begitu juga dengan kemastukan tugas mereka sendiri.

Toro Rosso, yang menggunakan enjin Ferrari dari 2007-13 dan membawa pemandu Ferrari sekarang, Sebastian Vettel ke kemenangan Formula Satu yang pertama di Monza pada 2008, memerlukan perubahan selepas pemilik Red Bull berbalah dengan persembahan hambar Renault.

Red Bull dijangka akan terus menggunakan enjin yang diberikan oleh Renault bagi semusim lagi selepas pengeluar lain menolak pendekatan itu.

ARTIKEL YANG SAMA