Ferrari dalam dilema

Ferrari dalam dilema

MARANELLO, Itali, 16 Okt (Agensi) – Ferrari akan mempertimbangkan untuk menaik taraf enjin jenteranya selepas Sebastian Vettel berjaya meraih tempat kedua dalam kejohanan Grand Prix Rusia di Litar Sochi minggu lalu.

Juara dunia sebanyak empat kali itu berjaya memintas Nico Rosberg, namun hanya menduduki tempat kedua di belakang pemandu Mercedes, Lewis Hamilton.

Mengikut perkiraan, Vettel masih mempunyai peluang untuk menang kerana dibezakan 66 mata di belakang Hamilton dalam saingan yang berbaki empat perlumbaan selain tujuh mata mengatasi Rosberg.

Bagaimanapun, Ferrari kini berdepan dilema kerana setiap pasukan diberikan empat token untuk melakukan penaiktarafan enjin semusim dan Ferrari kini telah menggunakan kesemua token tersebut menyebabkan sebarang perubahan pada jentera selepas ini akan mengakibatkan pasukan itu dikenakan penalti.

Gambar fail bertarikh 11 Oktober 2015 menunjukkan pemandu Ferrari, Sebastian Vettel mengendalikan keretnya pada GP F1 Rusia di litar Sochi Autodrom. – AFP
Gambar fail bertarikh 11 Oktober 2015 menunjukkan pemandu Ferrari, Sebastian Vettel mengendalikan keretnya pada GP F1 Rusia di litar Sochi Autodrom. – AFP

Ketua pasukan Ferrari, Maurizio Arrivabene ketika ditanya adakah Ferrari akan mengumumkan penaiktarafan enjinnya di Texas nanti, dia menjawab, “Kami masih memikirkan perkara tersebut dan akan mengumumkan ketika di Austin nanti, sudah tentu kelainan akan dibuat kerana Sebastian kini berada di tempat kedua.

“Tetapi, kami perlu membuat beberapa penilaian terlebih dahulu dan melihat setiap perkara dengan lebih terperinci sebelum membuat sebarang keputusan,” katanya.

ARTIKEL YANG SAMA