Ferrer hampiri saingan Tour Finals

Ferrer hampiri saingan Tour Finals

VIENNA, 25 Okt (dpa) – Pemain dari Sepanyol, David Ferrer menghampiri persaingan ATP World Tour Finals bulan depan selepas mara ke final untuk kali kedua berturut-turut di Terbuka Erste Bank tatkala dia berjaya menewaskan Gael Monflis 7-6 (7-5), 7-5.

Pilihan utama itu akan menentang Steve Johnson dari Amerika Syarkat, yang akan beraksi dalam ATP pertamanya selepas menewaskan Ernest Gulbis dari Latvia 6-3, 7-6 (7-4).

Ferrer berada dalam kedudukan utama untuk mencengkam salah satu dari dua kedudukan dalam World Tour Finals yang akan diadakan pada November, pada masa ini menghuni kedudukan ke lapan dan tempat terakhir dengan beraksi dua minggu saja lagi.

“Saya belum termasuk lagi bagi persaingan London, tetapi ini adalah langkah besar. Perkara penting adalah saya bermain dengan baik,” katanya, 38, yang terlepas beberapa persaingan musim ini kerana kecederaan tetapi masih memenangi empat gelaran pada tahun 2015.

“Saya tidak beraksi selama tiga bulan kerana kecederaan siku tetapi saya bermain dengan baik. Ia adalah bonus bagi saya untuk berada di London, tetapi tujuan sekarang adalah untuk menang esok.”

David Ferrer. – AFP
David Ferrer. – AFP

Ferrer sekarang menghimpunkan 1200 mata di depan Jo-Wilfried Tsonga, mengekori di kedudukan kesembilan.

Johnson pemain rangking ke-47, teruja untuk bersaing bagi merebut gelaran pertama dalam kemunculan persaingan akhir yang pertama.

“Saya menghormati semua orang tetapi tidak takut dengan sesiapa. Saya akan beraksi dan memberi persaingan kepadanya. Setiap kali anda memasuki pertandingan, anda mengharapkan untuk menang,” kata pemain berusia 25 tahun itu.

“Ini adalah peluang pertama saya untuk melakukannya, jadi saya mahu keluar ke sana dan bermain tenis dengan bagus.”

Ferrer memerlukan dua jam untuk menewaskan Monfils, kembali ke gelanggang selepas enam minggu tidak beraksi bagi menjalankan pemulihan kesakitan di bahagian belakangnya. Set pertama mengambil masa satu suku jam dengan pergerakan pantas pada set kedua ketika Ferrer mencatatkan kemenangan, memenangi 12 dari 14 mata.

“Ini adalah pertandingan sukar saya minggu ini dan saya perlu beraksi dengan baik untuk memenanginya,” kata pemain dari Sepanyol itu. “Gael adalah luar biasa, seorang pemain yang berkarisma. Saya menikmati masa itu, sekarang masa untuk berehat dan bersedia untuk pertandingan esok.”

ARTIKEL YANG SAMA