Ferrer juara Terbuka Malaysia

Ferrer juara Terbuka Malaysia

KUALA LUMPUR, 4 Okt (Reuters) – David Ferrer mengalahkan rakan senegaranya Feliciano Lopez 7-5 7-5 dalam perlawanan akhir Terbuka Malaysia hari ini untuk menjulang gelaran ke-25 dalam kerjayanya dan keempat tahun ini.

Beraksi untuk perlawanan akhir ATP ke-50nya, pemain berusia 33 tahun itu berusaha keras untuk mengatasi rakan baik dan sepasukan dalam Piala Davis untuk menambah gelaran Malaysia itu kepada kemenangan kejohanannya tahun ini di Doha, Rio dan Acapulco.

“Saya berasa sangat gembira, kerana saya tidak pernah bermain dengan baik di kejohanan ini,” kata Ferrer, yang juga pemain pilihan utama. “Saya bermain perlawanan terbaik saya dalam minggu ini di perlawanan akhir ini, dan sensasi saya selepas kecederaan siku kini sangat baik.”

David Ferrer meraikan kejayaan menjuarai Terbuka Malaysia. – AFP
David Ferrer meraikan kejayaan menjuarai Terbuka Malaysia. – AFP

Ferrer tidak pernah kalah kepada Lopez sejak 2009, namun kemenangan kelihatan dalam keadaan bahaya apabila dia bermula dengan perlahan dan dipatahkan servis di awal perlawanan.

Namun Ferrer berjaya mematahkan servis kembali dan memenangi set pertama apabila dia mematahkan lagi servis Lopez buat kali kedua pada permainan ke-12. Pada set kedua, Ferrer sekali lagi mematahkan servis pada permainan ke-12, menutup perlawanan dengan kemenangan straight set.

“Feliciano merupakan pemain tenis yang baik, tetapi lebih baik sebagai seorang insan,” kata Ferrer. “Saya doakan dia maju jaya bagi sepanjang musim ini.”

ARTIKEL YANG SAMA