Festival akar umbi NFABD 30 Jan ini

Festival akar umbi NFABD 30 Jan ini

Oleh Hasrulraizan

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 18 Jan – Festival Akar Umbi Kebangsaan NFABD 2016 akan dianjurkan oleh NFABD pada 30 Januari ini di Padang ‘Turf’ NFABD, NFABD House.

Festival tahunan untuk kanak-kanak berusia 6 hingga 12 tahun itu diadakan bersempena dengan berlangsungnya Kursus Kejurulatihan Bolasepak Akar Umbi FIFA dari 26 Januari hingga 30 Januari di Bandar Seri Begawan yang akan menjadi medan buat peserta kursus mengaplikasikan ilmu perolehan daripada kursus dalam suasana pesta.

Berikutan dengan kemeriahan pesta yang bakal berlangsung melibatkan kanak-kanak berumur 6 hingga 12 tahun dari sekolah-sekolah terpilih berkenaan, NFABD mengalu-alukan orang ramai untuk hadir menyaksikannya dalam sama-sama memeriahkan lagi suasana festival berkenaan.

Kemeriahan yang terserlah semasa Festival Bola sepak Akar Umbi Kebangsaan NFABD 2014.
Kemeriahan yang terserlah semasa Festival Bola sepak Akar Umbi Kebangsaan NFABD 2014.