Festival B-14 AFC Bermula

Festival B-14 AFC Bermula

Oleh Mohamad Asyramisyanie

Gambar Oleh Hasrulraizan

BANDAR SERI BEGAWAN, 18 Ogos – Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Bendahara Seri Maharaja Permaisuara Pengiran Muda Haji Sufri Bolkiah, Presiden Persatuan Bola Sepak Kebangsaan Brunei Darussalam (NFABD) hari ini berkenan berangkat merasmikan Festival Bola Sepak Bawah 14 Tahun (B-14) AFC 2015 di Padang dan Balapan Kompleks Sukan Negara Hassanal Bolkiah di Berakas.

Menjunjung keberangkatan di majlis hari ini adalah Naib Presiden NFABD, Pehin Datu Inderasugara Brigadier Jeneral (B) Dato Paduka Haji Mohammad Yusof bin Abu Bakar serta Setiausaha Agung NFABD, Haji Muhammad Zamri bin Haji Hamdani selaku Penasihat Festival.

Turut menjunjung keberangkatan hari ini ialah Pengerusi Festival AFC, Dr Shamil Kamil yang berkesempatan untuk menyampaikan sembah alu-aluannya.

DYTM Paduka Seri Pengiran Bendahara berkenan memotong riben bagi merasmikan Festival Bolasepak Serantau B-14 AFC semalam.
DYTM Paduka Seri Pengiran Bendahara berkenan memotong riben bagi merasmikan Festival Bolasepak Serantau B-14 AFC semalam.
Duli Pengiran Bendahara berkenan menerima pesambah daripada Dr Shamil Kamil.
Duli Pengiran Bendahara berkenan menerima pesambah daripada Dr Shamil Kamil.
Pengurus Festival AFC, Dr Shamil Kamil menyampaikan ucapan.
Pengurus Festival AFC, Dr Shamil Kamil menyampaikan ucapan.
Sembilan pasukan yang menyertai Festival Bola Sepak Serantau B-14 AFC 2015 ketika berbaris di atas padang semasa Majlis Pembukaan Rasmi Festival.
Sembilan pasukan yang menyertai Festival Bola Sepak Serantau B-14 AFC 2015 ketika berbaris di atas padang semasa Majlis Pembukaan Rasmi Festival.
Pasukan B-14 Brunei Darussalam semasa lintas hormat.
Pasukan B-14 Brunei Darussalam semasa lintas hormat.
Aksi lincah Mohammad Badri ketika menentang Filipina.
Aksi lincah Mohammad Badri ketika menentang Filipina.
Para penyokong Brunei Darussalam memukul dram bagi memberikan sokongan kepada pasukan tempatan.
Para penyokong Brunei Darussalam memukul dram bagi memberikan sokongan kepada pasukan tempatan.
Pemain Filipina meraikan jaringan ketiga pasukan.
Pemain Filipina meraikan jaringan ketiga pasukan.
Para penyokong pasukan Filipina memberikan sokongan kepada pasukan muda mereka ketika menentang Brunei Darussalam petang tadi.
Para penyokong pasukan Filipina memberikan sokongan kepada pasukan muda mereka ketika menentang Brunei Darussalam petang tadi.
Fujiwara Takao ketika ditemubual media selepas perlawanan Brunei Darussalam menentang Filipina.
Fujiwara Takao ketika ditemubual media selepas perlawanan
Brunei Darussalam menentang Filipina.

Duli Yang Teramat Mulia selaku penaung diraja festival kemudiannya dijunjung untuk disembah kenalkan kepada para pegawai serta pemain cilik kesemua sembilan buah negara sebelum berkenan memotong reben merasmikan festival yang julung kali diadakan itu.

Perlawanan pertama hari ini menyaksikan pemain cilik Tebuan Muda turun padang berhadapan Pasukan Filipina yang berkesudahan dengan kemenangan yang berpihak kepada Pasukan Filipina dengan jaringan 3–0.

Negara Brunei Darussalam diletakkan dalam Kumpulan A bersama Malaysia, Timor Leste, Filipina dan Myanmar, Sementara itu dalam Kumpulan B pula terdiri daripada pasukan Laos, Vietnam, Singapura dan Thailand.

Perlawanan lain di hari pembukaan hari ini adalah antara Vietnam menentang Singapura yang berkesudahan dengan kemenangan berpihak kepada pasukan Vietnam dengan jaringan 2-1.

Sementara itu, perlawanan petang tadi juga menyaksikan Pasukan Myanmar berhadapan Pasukan Timor Leste yang akhirnya dimenangi oleh Pasukan Timor Leste dengan jaringan 4-0.

Satu lagi perlawanan pada hari pertama antara Pasukan Laos menentang Thailand yang akhirnya menyebelahi menyaksikan skuad B-14 Gajah Putih itu berjaya menewaskan lawannya dengan jaringan 2-1.

Perlawanan akan diteruskan besok dengan perlawanan antara Thailand lawan Vietnam, Myanmar lawan Brunei Darussalam pada jam 4 petang.

Pada jam 8.15 malam pula Timor Leste akan berhadapan Malaysia dan Singapura akan melayani Laos.

Festival akan diteruskan lagi pada 21 Ogos 2015 dengan 5 perlawanan antaranya Timor Leste menentang Filipina, Malaysia menentang Myanmar, Laos menentang Vietnam, Filipina menentang Myanmar dan Malaysia Menentang Brunei Darussalam.

Pada hari terakhir festival, Filipina akan menentang Malaysia, Singapura menentang Thailand dan Brunei Darussalam menentang Timor Leste.

Majlis perasmian hari ini turut dihadiri oleh Menteri Pendidikan, Pehin Orang Kaya Seri Kerna Dato Seri Setia (Dr) Haji Awang Abu Bakar bin Haji Apong, Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan, Pehin Orang Kaya Pekerma Laila Diraja Dato Seri Setia Haji Hazair bin Haji Abdullah dan Timbalan Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan, Datin Paduka Hajah Adina binti Othman.

ARTIKEL YANG SAMA