Festival bahasa asing bantu pertingkat penguasaan Bahasa Inggeris

Festival bahasa asing bantu pertingkat penguasaan Bahasa Inggeris

BEIJING – Persembahan kebudayaan dan permainan menguji penguasaan Bahasa Inggeris merupakan antara 20 aktiviti menarik yang ditawarkan kepada seramai 10,000 pengunjung di Festival Bahasa Asing Beijing 2016 yang diadakan baru-baru ini di Taman Chaoyang .

“Memandangkan Sukan Olimpik Musim Sejuk Beijing 2022 merupakan tumpuan utama pada acara tahun ini, kebanyakan rakyat China mula mengatur langkah untuk mempelajari bahasa asing terutama meningkatkan penguasaan Bahasa Inggeris bagi mempersiapkan kredibiliti mereka khususnya dalam bidang komunikasi.” Jelas seorang jurucakap dari Kementerian Hal Ehwal Luar Negera China.

Di dalam sebuah petak pameran, Anna, seorang wanita dari Krakow, Poland mengajarkan frasa-frasa mudah dalam bahasa Poland kepada para pengunjung.

“Kami telah mencipta beberapa aktiviti infotainmen menarik untuk memperkenalkan geografi dan adat budaya Poland melalui pameran ini dan menyediakan soalan kuiz serta menyediakan hadiah menarik berupa pemanis mulut yang merupakan resipi asal daripada Poland,” jelas Anna.

Li Hua, 65, berasal dari Beijing turut mengongsikan pengalamannya untuk menguasai bahasa Inggeris dengan lebih baik setelah mengunjungi Australia tahun lalu bersama seorang guru bahasa Inggeris, Dick Hamilton.

Lebih kurang 10,000 orang mengunjungi Festival Bahasa Asing Beijing 2016.
Lebih kurang 10,000 orang mengunjungi Festival Bahasa Asing Beijing 2016.

pgm08_161018_h

Wakil daripada Kementerian Hal Ehwal Luar Beijing dan Kempen Persatuan Pertuturan Bahasa Asing Beijing bersama sukarelawan bergambar ramai di pembukaan Festival Bahasa Asing Beijing 2016.
Wakil daripada Kementerian Hal Ehwal Luar Beijing dan Kempen Persatuan Pertuturan Bahasa Asing Beijing bersama sukarelawan bergambar ramai di pembukaan Festival Bahasa Asing Beijing 2016.

pgm08_161018_g

“Mempelajari dan menguasai bahasa Inggeris membuatkan saya berasa kekal muda,” jelas Li.

Chen Zhao Chun, salah seorang daripada hampir 100 orang pelajar di Sekolah Tongzhou Taihu Beijing yang menghadiri festival itu menjelaskan bahawa dia tidak menyangka aktiviti mempelajari Bahasa Inggeris merupakan suatu perkara yang sangat menyeronokkan.

“Jika di sekolah, teknik pembelajaran yang diajarkan adalah lebih menumpukan kepada unsur penghafalan namun pembelajaran di festival ini jelas cukup menyeronokkan di mana saya berpeluang untuk menyertai pelbagai aktiviti permainan yang menarik sambil belajar serta berjumpa dengan ramai teman baru,” jelas Chen.

Zhu Fang, seorang guru di Sekolah Tongzhou Taihu Beijing berpendapat festival ini memberikan peluang kepada para pelajar untuk bertutur dalam bahasa Inggeris dan berinteraksi secara langsung dengan komuniti daripada pelbagai bangsa memandangkan tiada guru ekspatriat atau yang didatangkan dari luar negara di kebanyakan sekolah di kawasan perkampungan.

Para pelajar dapat berkongsi pendapat dalam menyelesaikan sebarang teka-teki dan soalan kuiz yang diadakan di festival tersebut.
Para pelajar dapat berkongsi pendapat dalam menyelesaikan sebarang teka-teki dan soalan kuiz yang diadakan di festival tersebut.
Para pelajar lebih teruja untuk mempelajari lebih banyak perkataan dalam Bahasa Inggeris melalui pelbagai aktiviti interaktif yang menarik.
Para pelajar lebih teruja untuk mempelajari lebih banyak perkataan dalam Bahasa Inggeris melalui pelbagai aktiviti interaktif yang menarik.
Acara tumpuan dalam Festival Bahasa Asing Beijing 2016 lebih menumpukan kepada penguasaan Bahasa Inggeris sebagai persediaan kepada Sukan Olimpik Musium Sejuk Beijing 2022.
Acara tumpuan dalam Festival Bahasa Asing Beijing 2016 lebih menumpukan kepada penguasaan Bahasa Inggeris sebagai persediaan kepada Sukan Olimpik Musium Sejuk Beijing 2022.
Acara pada festival itu turut dimeriahkan dengan persembahan tradisi daripada penari-penari dari Daerah Xicheng.
Acara pada festival itu turut dimeriahkan dengan persembahan tradisi daripada penari-penari dari Daerah Xicheng.

“Sebahagian daripada pelajar saya kini begitu teruja dan menyuarakan hasrat untuk menjadi sukarelawan pada acara Sukan Olimpik Musim Sejuk yang bakal diadakan pada tahun 2022,” jelas Zhu.

Hamilton, salah seorang pengunjung pula menjelaskan bahawa festival tersebut memberikan satu suasana yang sempurna dan menarik kepada para pelajar untuk mempelajari dan menguasai Bahasa Inggeris

Acara yang diadakan selama dua hari itu adalah anjuran Kementerian Hal Ehwal Luar Beijing dan Kempen Persatuan Pertuturan Bahasa Asing Beijing.

Ketua kumpulan penasihat bagi Kempen Persatuan itu, Chen Mingming menjelaskan Sukan Olimpik memerlukan sokongan daripada rakyat China dan penguasaan bahasa Inggeris di kalangan rakyat di negara itu setentunya akan membantu kehadiran para atlet di negara tersebut itu nanti akan lebih berasa sangat dialu-alukan. – Xinhua

ARTIKEL YANG SAMA