Festival Barakah 25–27 Dis ini

Festival Barakah 25–27 Dis ini

Oleh Siti Nur Wasimah S.

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 22 Dis – Hampir 40 peniaga tempatan Brunei dan dari Malaysia akan menyertai Festival Barakah yang berkonsepkan Fesyen Muslimah pada 25 hingga 27 Disember ini.

Bakal diadakan di Dewan Tarindak, Pusat Latihan Kesenian dan Pertukangan Tangan Brunei di ibu negara, festival berkenaan merupakan yang terakhir bagi tahun ini.

Acara kerjasama Brunei dan Malaysia itu bakal menghimpunkan para peniaga dari Malaysia termasuk Mermaid.luxe daripada LiyanaJasmay, sharabangsar daripada Puteri Sarah Liyana, myhouseofdoll dari Miss Fazura, Butik Poya, Butik Faiz, My Diras, Ashakarimcollection, Blubelle dan Forest Colour.

Manakala itu, antara peniaga dari Brunei pula termasuk Artsyglam, tudungpeoplebrunei, shawlbyvsnowbn, anggunayuboutique, juniehk_, azkaeshoppe, annanooroffical, Bokittahijabbrunei, Naelofarhijabbrunei, simiggle-brunei, Butik Noradlina dan banyak lagi.

Ia akan dibuka bagi kunjungan ramai dari jam 2:30 petang hingga 10 malam pada Jumaat, sementara itu, Sabtu dan Ahad, ia akan dibuka dari jam 10 pagi hingga 10 malam.

Duta Festival Barakah, Miss Fazura juga akan membuat penampilan istimewa bagi para pengunjung yang datang.

Festival ini bertujuan untuk mengeratkan lagi hubungan silaturahim di antara para peniaga bagi kedua-dua buah negara, di samping meningkatkan lagi ekonomi Brunei melalui peniaga tempatan.

ARTIKEL YANG SAMA