Festival bunga

Festival bunga

Oleh Yusrin Junaidi

 

PUTRAJAYA, 31 Mei – Festival Floria Putrajaya 2015 yang merupakan edisi kelapan dengan tema bunga lili bermula 30 Mei sehingga 7 Jun dijangka menarik lebih sejuta orang pengunjung.

Festival selama sembilan hari itu menarik 50 penyertaan dari 28 buah negara dan berlangsung di Anjung Floria, Presint 4 Putrajaya.

Ia merupakan festival bunga terbesar serta menjadi tarikan pelancong dalam dan luar negara, para pengamal media dari beberapa buah negara serta para jurugambar.

Tahun lepas menampilkan lebih kurang 400,000 spesies bunga yang disajikan dan direka dalam pelbagai bentuk. Jualan bunga segar juga turut mendapat sambutan menggalakkan.

Menurut kenyataan penganjur, tahun ini Bunga Lili menjadi pilihan kerana mempunyai pelbagai spesies yang menghasilkan warna yang indah dan menarik. Lebih 300 aktiviti harian diadakan sepanjang festival seperti demonstrasi gubahan bunga, bengkel berkebun, acara hiburan, pertandingan fotografi, pertandingan cat air serta seni dan kraf dan banyak lagi.

Wartawan Brunei turut diundang menyaksikan Festival Floria Putrajaya yang dijangka menarik lebih sejuta pengunjung.
Wartawan Brunei turut diundang menyaksikan Festival Floria Putrajaya yang dijangka menarik lebih sejuta pengunjung.

Raja Permaisuri Agong Tuanku Hajah Haminah merasmikan Floria Diraja Putrajaya 2015 di Presint 4.

Turut hadir Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor dan Presiden Perbadanan Putrajaya (PPj), Tan Sri Aseh Che Mat. Floria Diraja yang bertemakan ‘Alunan Pancarona’ mempamerkan lebih 500,000 bunga dengan kira-kira 100 spesies bunga lili yang menjadi bunga tema pada tahun ini.

ARTIKEL YANG SAMA