Festival Burung Borneo bantu promosi aktiviti memerhati burung

Festival Burung Borneo bantu promosi aktiviti memerhati burung

SANDAKAN, 15 Sept – Penganjuran Festival Burung Borneo yang memasuki edisi kelapan menyum-bang kepada usaha mempromosi aktiviti memerhati burung dan konservasi alam sekitar di negeri ini.

Menteri Pelancongan, Kebu-dayaan dan Alam Sekitar Sabah Datuk Seri Masidi Manjun berkata aktiviti memerhati burung merupakan komponen penting dalam pelancongan di negeri ini dan menyumbang kepada ekonomi Sabah.

Katanya ia sesuai dengan kedudukan Sabah yang kaya dengan flora dan fauna termasuk mempunyai 688 spesies burung direkodkan di Borneo dengan 65 spesies endemik dan 33 daripada hanya boleh ditemui di Sabah.

Penganjuran festival itu oleh Kelab Burung Borneo Sandakan bersama Jabatan Perhutanan Sabah dan Lembaga Pelancongan Sabah penting kepada pelancongan dan pemuliharaan alam sekitar di negeri ini, katanya ketika merasmikan festival itu Pusat Penemuan Hutan Hujan, Sepilok dekat sini, hari ini.

Teks ucapannya dibacakan oleh Pembantu Menterinya Datuk Pang Nyuk Ming. Dalam pada itu, Presiden Kelab Burung Borneo Sandakan, Cede Prudente berkata pelbagai aktiviti dijalankan pada festival tiga hari itu antaranya Perlumbaan Burung, pertandingan fotografi burung, aktiviti berkhemah kanak-kanak dan Larian Burung Borneo. – Bernama