Festival di SM RIPAS

Festival di SM RIPAS

Oleh Normazlina M.D

 

TUTONG, 28 Nov – Sekolah Menengah Raja Isteri Pengiran Anak Saleha (SM RIPAS), Tutong, hari ini, telah memulakan Festival Keluarga Bertaja dan Hari Terbuka yang berlangsung di kawasan sekolah berkenaan sehingga esok.

Hadir merasmikan acara tersebut ialah Pemangku Penolong Pengarah/ Ketua Unit Peruntukan dan Perbekalan di Jabatan Sekolah-sekolah, Kementerian Pendidikan, Dayang Norhayati binti Haji Serudin.

Beberapa aktiviti menarik disediakan sepanjang acara dua hari itu, antaranya permainan Paintball daripada RBTS, Bubble Soccer, pameran binatang liar dan pertunjukan binatang peliharaan, Flying Fox daripada BARA, menunggang kuda, mengayuh basikal dan pertunjukan Tamiya.

Selain itu, jualan makanan dan minuman turut diadakan oleh ibu bapa, penuntut-penuntut dan juga orang ramai.

Bagi memeriahkan lagi festival itu, SM RIPAS juga menjemput Bawal Aidijuma untuk mempromosikan jualan tudung Aidijuma dan juga menampilkan Pit Stop Food Truck.

Gerai jualan makanan dan minuman turut diadakan semasa Festival Keluarga Bertaja dan Hari Terbuka SM RIPAS.
Gerai jualan makanan dan minuman turut diadakan semasa Festival Keluarga Bertaja dan Hari Terbuka SM RIPAS.
Orang ramai dan penuntut-penuntut SM RIPAS berkesempatan menunggang basikal berkembar.
Orang ramai dan penuntut-penuntut SM RIPAS berkesempatan menunggang basikal berkembar.

Festival Keluarga Bertaja dan Hari Terbuka tersebut merupakan salah satu aktiviti SM RIPAS yang bertujuan untuk mempromosikan sekolah berkenaan kepada penduduk sekitar yang tinggal berdekatan dan seterusnya untuk mengutip derma bagi tabung sekolah dan Tabung Anak-Anak Yatim Daerah Tutong.

Selain itu, hari terbuka tersebut adalah untuk mempamerkan subjek-subjek dan hasil kerja penuntut yang ditawarkan di SM RIPAS bagi murid-murid Tahun 6 yang akan memasuki Tahun 7 pada tahun depan.

Sehubungan itu, orang ramai terutamanya penduduk yang tinggal di sekitar SM RIPAS dialu-alukan berkunjung ke acara berkenaan esok, bermula jam 8 pagi hingga 4.30 petang.

ARTIKEL YANG SAMA