Festival Eid Mubarak 30 Jun ini

Festival Eid Mubarak 30 Jun ini

Oleh Normazlina M.D

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 28 Jun – Bersempena menjelangnya Sambutan Hari Raya Aidilfitri, HZH Event Management akan menganjurkan Festival Eid Mubarak selama empat hari bermula 30 Jun sehingga 3 Julai ini di Tingkat 7, Hotel Centrepoint, Gadong.

Lebih 20 petak jualan disediakan dalam festival itu nanti dengan menampilkan pengusaha-pengusaha tempatan dan antarabangsa antaranya ialah Juniehk, Azkaeshoppe, Bokitta, Anzel Scarf, Biendalavienda, Damalee Signature, Mermaid Luxe, OZ shawl, Lady Hawa, Naurah Khayla dan banyak lagi.

Beberapa jenama produk dan pakaian juga akan diketengahkan bagi memudahkan orang ramai untuk mencari dan membeli barangan keperluan mereka bagi persiapan Hari Raya Aidilfitri nanti.

Festival Eid Mubarak ini diharap akan dapat membantu pengusaha-pengusaha dalam talian (online) untuk bersemuka bersama pelanggan-pelanggan tetap mereka di samping dapat mengeratkan hubungan silaturahim.

Orang ramai adalah dialu-alukan untuk mengunjungi Festival Eid Mubarak itu yang bermula dari jam 10 pagi hingga 10 malam, dan akan ditutup pada waktu solat fardu Jumaat dan juga pada setiap jam 5:45 petang hingga 7:45 malam bagi memberi laluan waktu bersungkai.

Pada 30 Jun nanti, Festival Eid Mubarak itu akan dibukakan kepada orang ramai di sebalah petang.

ARTIKEL YANG SAMA