Festival Hijrah 2016, 29 Sept ini

Festival Hijrah 2016, 29 Sept ini

BANDAR SERI BEGAWAN, 27 Sept – Jabatan Belia dan Sukan, Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan dengan kerjasama Battle Pro Marketing & Management Services akan mengadakan Festival Hijrah 2016 selama empat hari bertempat di Stadium Tertutup Kompleks Sukan Negara Hassanal Bolkiah, Berakas.

Festival tersebut dibukakan untuk kunjungan orang ramai secara percuma selama empat hari iaitu bermula pada 29 September hingga 2 Oktober 2016 bermula jam 11 pagi hingga 10 malam kecuali pada hari Jumaat bermula dari jam 2:30 petang hingga 10 malam.

Pelbagai aktiviti menarik bakal diadakan seperti pertandingan-pertandingan keagamaan, kempen menderma darah bagi orang awam, di samping ia juga turut diserikan dengan ceramah khas sempena Maal Hijrah.

Sebanyak 50 petak perniagaan juga turut disediakan semasa festival tersebut.

Untuk keterangan lebih lanjut mengenai acara Festival Hijrah ini, boleh menghubungi di talian 8307490.

ARTIKEL YANG SAMA