Festival Hijrah dapat sambutan menggalakkan

Festival Hijrah dapat sambutan menggalakkan

BANDAR SERI BEGAWAN, 30 Sept – Festival Hijrah yang berlangsung di Stadium Tertutup, Berakas menerima sambutan yang menggalakkan pada hari kedua ia berlangsung hari ini yang bermula jam 2:30 petang hingga 10 malam.

Festival yang menampilkan 50 orang pengusaha tempatan dan dari Malaysia itu menawarkan pelbagai barangan seperti pakaian kanak-kanak, jubah, telekung, tudung dan banyak lagi.

Selain jualan, festival itu turut dimeriahkan dengan pelbagai aktiviti seperti Peraduan Tulisan Jawi yang masih lagi berlangsung, dibahagikan kepada dua kategori iaitu Kategori A bagi umur 8 tahun ke bawah dan Kategori B bagi umur 9 tahun hingga 12 tahun.

Selain itu, Peraduan Membina Ayat Hijahiyyah dan Peraduan Teka Lagu Nasyid juga diadakan.

Antara pengunjung yang terlibat dalam aktiviti yang disediakan.
Antara pengunjung yang terlibat dalam aktiviti yang disediakan.

Manakala Pertandingan Nasyid Era 90-an peringkat saringan sesi pertama bermula dalam dua sesi iaitu pada waktu petang dan malam, disertai lebih 26 orang peserta dalam kategori kumpulan dan solo.

Lima kumpulan terbaik akan dipilih pada malam nanti dan akan bertanding pada Ahad ini. Penyampaian hadiah pertandingan itu dan pertandingan lain di festival itu juga akan diadakan pada Ahad ini.

Orang ramai dialu-alukan untuk sama-sama menonton dan menyokong peserta pertandingan nasyid dan menyertai peraduan-peraduan lain di festival ini.

ARTIKEL YANG SAMA