Festival Kopi dan Kereta, Oktober ini

Festival Kopi dan Kereta, Oktober ini

Oleh Salawati Haji Yahya

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 22 Sept – Festival Kopi dan Kereta yang julung kalinya diadakan di negara ini akan memberi peluang kepada orang ramai terutama penggemar kopi dan kereta untuk sama-sama berkunjung ke festival yang akan diadakan di Jerudong Park Garden pada Oktober ini.

Pengurus Operasi, Dayangku Maznah binti Pengiran Badrudin berkata, festival ini adalah susulan daripada kejayaan pameran kereta yang telah diadakan pada April lalu yang telah mendapat sambutan baik daripada para pengunjung.

Festival ini bukan saja memberi peluang kepada pengunjung untuk menyaksikan pameran kereta tapi ia sekali gus memberi peluang kepada pengusaha kopi tempatan untuk sama-sama mempromosi produk mereka di festival yang akan diadakan pada 29 dan 30 Oktober 2016 ini, katanya pada satu sidang media di ibu negara hari ini.

Dayangku Maznah semasa sidang media mengenai Festival Kopi dan Kereta.
Dayangku Maznah semasa sidang media mengenai Festival Kopi dan Kereta.

Orang ramai yang memiliki kereta dan motosikal untuk dijadikan pameran di festival itu adalah dialu-alukan untuk sama-sama memeriahkan festival yang berlangsung dari pukul 9 pagi hingga 9 malam.

Sehubungan itu, kelab-kelab kereta dan penggemar kereta dialu-alukan untuk menyertai festival tersebut dan tarikh tutup penyertaan ialah pada 8 Oktober 2016 sebelum pukul 12 tengah hari.

Di samping kopi dan kereta, festival itu juga menyediakan pelbagai aktiviti untuk disertai oleh kanak-kanak dan beberapa lagi acara sampingan yang pastinya memberi kejutan kepada pengunjung semasa festival itu nanti.

ARTIKEL YANG SAMA