Festival Kumbh Mela bermula Selasa

Festival Kumbh Mela bermula Selasa

MUMBAI, 12 Julai (AFP) – Ritual ziarah besar-besaran Hindu, India iaitu festival Kumbh Mela akan secara rasminya bermula di negeri Maharashtra pada Selasa, dengan para penganjur terdesak untuk mengelak rempuhan orang yang membawa maut di tempat yang sama 12 tahun lalu.

Tiga puluh sembilan jemaah dirempuh hingga mati dan berpuluh yang lain cedera apabila festival keagamaan itu kali terakhir diadakan di tebing sungai Godavari bandar Nashik, sekitar 160km timur laut Mumbai tahun 2003.

“Kami sudah mempelajari pengalaman daripada rempuhan lalu dan telah menukar laluan ke ‘Shahi Snan) untuk mengelak lorong sempit dan cerun curam menuju ke tempat permandian (tangga menuju ke sungai),” pegawai penerangan daerah Nashik, K.Moghe memberitahu AFP.

Himpitan maut di Nashik dipercayai telah dicetuskan apabila seorang sadhu atau manusia suci, melontarkan syiling ke arah jemaah yang menunggu di tebing sungai.

Apabila duit syiling dilontarkan, mereka berebut-rebut untuk mengambilnya sehingga mengakibatkan berpuluh orang berhimpit dan berempuh-rempuhan sehingga kesesakan nafas, menurut laporan pada masa itu.

ARTIKEL YANG SAMA