Festival Makanan Korea bermula Sabtu

Festival Makanan Korea bermula Sabtu

BANDAR SERI BEGAWAN, 29 Julai – Pusat beli belah Times Square di sini akan menganjurkan Festival Makanan dan Kesenian Korea selama lima hari bermula Sabtu ini.

Festival tersebut yang dianjurkan dengan kerjasama Kedutaan Republik Korea di Brunei, Korea Argo Fisheries and Food Trade Corp, Korean Ministry of Agriculture Food and Rural Affairs dan Gallery DM akan diadakan di atrium pusat beli belah tersebut.

Festival Makanan dan Kesenian Korea itu akan menampilkan pelbagai aktiviti menarik untuk orang ramai, seperti Demonstrasi Masakan, Pertandingan Makan, Belajar Melukis Topeng Tradisi, Lukisan Muka oleh artis-artis Korea, Teka Ramuan, Belajar Kaligrafi Kipas Korea serta pelbagai lagi.

Selain itu, beberapa acara sampingan termasuk “Times Square 3rd Lucky Draw Campaign” akan diadakan pada 9 Ogos ini manakala pada 11 Ogos pula, akan berlangsung Rumah Terbuka Hari Raya Times Square untuk meraikan pengunjung pusat beli belah tersebut dengan diserikan pelbagai aktiviti menarik.

Gambar fail menunjukkan demonstrasi masakan oleh Restoran Silla semasa festival serupa pada 2014
Gambar fail menunjukkan demonstrasi masakan oleh Restoran Silla semasa festival serupa pada 2014

ARTIKEL YANG SAMA