Festival Sukan Dunia Islam meriah

Festival Sukan Dunia Islam meriah

KUALA LUMPUR, 16 Feb – Sebanyak 1,000 atlet dari enam buah negara iaitu Thailand, Singapura, Indonesia, Brunei, Sri Lanka dan Malaysia akan menyertai Festival Sukan Dunia Melayu Dunia Islam (DMDI) kali kedua pada tahun 2018.

Selepas mendapat sambutan menggalakkan pada penganjuran sulung, lebih banyak acara sukan akan dipertandingkan dalam Festival Sukan Dunia Melayu Dunia Islam (DMDI) kali kedua pada tahun 2018.

Presiden DMDI, Tan Sri Mohd. Ali Rustam berkata, pihaknya berhasrat menambah beberapa lagi acara seperti olahraga, karate, kriket, tarik tali, panjat tiang licin, bola sepak dan golf dalam festival dwitahunan itu bagi memeriahkan lagi temasya tersebut yang mendapat sambutan baik walaupun kali pertama kali dianjurkan tahun ini.

Menurutnya, pada tahun 2018 sebanyak 12 acara bakal dipertandingkan termasuk lima acara yang ditawarkan kali ini iaitu silat, sepak takraw, gasing, badminton dan boling.

“Festival Sukan DMDI ini akan diadakan dua tahun sekali dan kita berharap pada tahun 2018, semua peserta dari 19 buah negara akan mengesahkan penyertaan mereka berbanding hanya enam negara kali ini.

Para peserta dari Warisan Seni Silat Sendeng, Malaysia memenangi tempat kedua dan ketiga bagi kategori Pertandingan Silat Seni pada Festival Dunia Melayu Dunia Islam (DMDI). DMDI disertai 6 buah negara iaitu Singapura, Indonesia, Brunei, Thailand, Sri Lanka dan Malaysia. – Bernama
Para peserta dari Warisan Seni Silat Sendeng, Malaysia memenangi tempat kedua dan ketiga bagi kategori Pertandingan Silat Seni pada Festival Dunia Melayu Dunia Islam (DMDI). DMDI disertai 6 buah negara iaitu Singapura, Indonesia, Brunei, Thailand, Sri Lanka dan Malaysia. – Bernama

“Pelbagai acara lain akan diperkenalkan pada masa akan datang dan kita mempelawa mana-mana negara peserta untuk mengemukakan cadangan sukan yang sesuai untuk dipertandingkan pada tahun 2018 kerana lebih banyak acara akan lebih meriah,” katanya selepas majlis penutup Festival Sukan DMDI 2016 yang berlangsung sejak Jumaat lalu di Kompleks Sukan Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM), Durian Tunggal semalam.

Festival tersebut meliputi sukan tradisional dan sukan moden termasuk lima jenis sukan iaitu silat, sepak takraw, gasing, badminton dan boling yang menawarkan 44 pingat emas.

Festival tersebut bertujuan untuk memupuk masyarakat mengamalkan gaya hidup sihat serta semangat berpasukan tanpa mengira umur, bangsa dan agama. – Bernama