Fesyen Muslimah bakal tembusi pasaran China

Fesyen Muslimah bakal tembusi pasaran China

KUALA LUMPUR, 28 Feb (Bernama) – Rangkaian fesyen Muslimah kontemporari jenama ‘Asyikin Exclusive’ milik Bumiputera bakal melebarkan lagi sayapnya dengan menembusi pasaran China menjelang suku kedua 2016.

Bagi tujuan itu, syarikat Asyikin Exclusive Boutique Sdn Bhd, pemilik jenama tersebut akan memperuntukkan pelaburan kira-kira RM3.0 juta sebagai modal permulaan meliputi kos operasi serta penghasilan koleksi yang sesuai.

Pengasasnya, Nur Asysikin Rahmat berkata, operasi di China itu akan bermula di Lanzhou, ibu negeri dan bandar terbesar Wilayah Gansu di barat laut China, selewat-lewatnya Julai ini.

Ia merupakan salah satu bandar penting di Laluan Sutera dengan jumlah penduduk Islam yang ramai.

Nur Asysikin berkata cabaran utama Asyikin Exclusive bagi pasaran China ialah mengeluarkan koleksi yang bersesuaian dengan cuaca empat musim di sana.

“Namun kami mengambil positif cabaran ini memandangkan selama ini pasaran ‘Asyikin Exclusive’ telah meliputi Malaysia, Indonesia dan Brunei,” katanya kepada Bernama.

ARTIKEL YANG SAMA