FFP tidak lemah – UEFA

FFP tidak lemah – UEFA

LONDON, 8 Okt (AFP) – Peraturan Permainan Kewangan Adil (FFP) UEFA, tidak dilemahkan dengan perubahan baru–baru ini, seorang pegawai daripada badan induk bola sepak Eropah memberitahu wartawan di London semalam.

Awal tahun ini, UEFA melonggarkan peraturan FFP bagi membolehkan pemilik kelab untuk terus menyuntik wang tunai, yang menyatakan mereka menghasilkan perancangan perniagaan yang menunjukkan bagaimana ia boleh disaingi.

UEFA didakwa tunduk kepada tekanan kelab–kelab seperti Manchester City dan Paris Saint-Germain, yang berusaha untuk mengetepikan hierarki di negara mereka masing-masing, tetapi pakar kewangan pertubuhan itu berkata tidak tepat untuk mendakwa FFP kehilangan kuasa.

“Dalam perbandingan, peraturan dihasilkan lebih ketat,” Andrea Traverso, ketua UEFA bagi FFP, memberitahu Sidang Kemuncak Pemimpin Perniagaan di London. “Peraturan tersebut perlu disesuaikan untuk memastikan ia efisien dan efektif.

“Kami tegas terhadap pendapat bahawa jumlah kewangan menunjukkan kepada kedudukan yang lebih stabil dan berdaya tahan bagi kelab-kelab tertinggi Eropah.”

Sebagai menyokong dakwaannya itu, Traverso menunjukkan kepada keadaan di mana kelab–kelab Eropah jatuh dua pertiga di antara 2011 dan 2014, daripada 1.67 bilion euro (AS$1.88 bilion) kepada 486 juta euro, dan kelab–kelab tersebut menikmati gabungan keuntungan operasi 800 juta euro pada 2014.

Dia menambah bahawa ‘keterujaan media’ mengenai peningkatan jumlah wang yang dikeluarkan dalam perpindahan adalah salah kerana ia tidak mengambil kira pengeluaran perpindahan sebagai peratusan keuntungan.

UEFA juga mendedahkan bahawa kehadiran di seluruh Eropah adalah paling rendah dalam tempoh 10 tahun pada musim 204-15, dengan England dan Jerman adalah antara negara yang menyaksikan liga mereka menentang trend tersebut.

ARTIKEL YANG SAMA