Fiat Chrysler laburkan AS$1 bilion

NEW YORK, 12 Jan – Pengeluar automotif, Fiat Chrysler semalam memdedahkan rancangan untuk melabur AS$1 bilion di Michigan Assembly Plant dan menawarkan bonus berpuluh-puluh ribu kepada tenaga kerja dan berkata pengiraan itu tidak mustahil kerana reformasi cukai Amerika Syarikat.

Pengeluar kereta ketiga terbesar AS berkata pelaburan ini akan membantu untuk memajukan kawasan di bahagian utara Michigan untuk menghasilkan trak Ram Heavy Duty generasi seterusnya, menukarkan penghasilan kereta dari AS ke Mexico pada 2020 nanti.

Untuk menyesuaikan peningkatan penghasilan, FCA akan menambah 2,500 pekerjaan, angka yang tinggi bagi penghasilan pekerjaan yang dimaklumkan tahun lalu.

Syarikat akan memberikan bonus sekali dengan bayaran AS$2,000 ke 60,000 per jam dan para pekerja yang menerima gaji di Amerika Syarikat tidak termasuk ahli lembaga tertinggi dalam suku kedua 2018.

“Ia merupakan cara yang sesuai untuk pekerja kami mengongsikan penjimatan menerusi reformasi cukai dan kami secara terbuka mengalu-alukan peningkatan dalam suasana perniagaan AS dengan melabur dalam industri kami,” menurut CEO Sergio Marchionne.

Pendekatan itu dipuji Presiden Donald Trump yang membuat kenyataan: “Terima kasih Chrysler, keputusan yang betul. Pengundi di Michigan gembira mereka telah mengundi Trump/Pence.”

Akhir tahun lepas, Kongres AS melakukan pembentukan semula cukai negara dan merupakan kemenangan pertama dalam perundangan buat Presiden Donald Trump sejak mengambil alih tugas di pejabat.

Pengiraan dijangka meningkatkan keuntungan perbankan dan syarikat lain dalam tempoh jangka panjang dengan merendahkan kadar cukai korporat kepada 21 peratus dari 35 peratus. – AFP