Fiat Chrysler tarik balik 5.2 juta kereta

Fiat Chrysler tarik balik 5.2 juta kereta

WASHINGTON, 29 Mei (dpa) – Beg udara rosak yang dibuat oleh pengeluar Jepun Takata telah memaksa Fiat Chrysler menarik balik 5.2 juta kereta di seluruh dunia, kata syarikat semalam.

Syarikat itu adalah satu daripada beberapa pengeluar kereta yang menambah lebih banyak kereta kepada penarikan balik sekarang, kata laporan berita. Fiat Chrysler menambah penarikan balik sebelumnya untuk beg udara Takata sebelah pemandu sebanyak 1.8 juta kenderaan, kata Automative News.

Kebanyakan ia dibina untuk model tahun 2004 sehingga 2011.

Pengeluar kereta itu juga berkata penarikan balik kini termasuk 437,947 pikap Ram daripada tahun model 2003 untuk beg udara sebelah penumpang yang dihasilkan oleh Takata.

Ford dan Honda juga berkata semalam mereka akan menambah lebih banyak kereta kepada penarikan balik mereka.

Ford berkata jumlah kereta yang ditarik balik dilanjutkan sebanyak 967,000, membawa kepada 1.5 juta jumlah kereta yang terbabit, menurut Detroit Free Press. Honda sedang menambah kira-kira 350,000 kepada penarikan balik dan BMW sedang menambah kira-kira 280,000, kata akhbar.

Takata mengaku pada minggu lalu bahawa beg udara rosaknya dipasang dalam berjuta-juta kenderaan AS.

Di bawah tekanan daripada pengawal pengangkutan AS, Takata berkata kelemahan kerosakan ditemui dalam beg udara yang dibekalkannya kepada 11 pengeluar kereta dan bersetuju dengan satu penarikan balik hampir 34 juta kereta di Amerika Syarikat.

Setiausaha Pengangkutan AS Anthony Foxx berkata pada minggu lalu bahawa penarikan balik ‘kemungkinan besar satu penarikan balik keselamatan pengguna yang paling kompleks dalam sejarah AS.’

Bahagian yang rosak adalah pam udara yang disyaki oleh penyiasat menyebabkan beg udara pecah dan menyembur serpihan besi pada pemandu dan penumpang apabila mereka digunakan dalam kemalangan. Kerosakan beg udara dikaitkan dengan sekurang-kurangnya enam kematian di AS, Malaysia dan pelbagai kecederaan.

Siasatan pentadbiran Keselamatan Lalu Lintas Lebuh Raya Nasional bermula pada 2014. Pada Februari, kerajaan AS mendenda Takata 14,000 dolar sehari kerana gagal bekerjasama dengan siasatan dan memberikan dokumen dan bahan lain.

ARTIKEL YANG SAMA