Fiat Chrysler tarik balik lebih 570,000 kenderaan

Fiat Chrysler tarik balik lebih 570,000 kenderaan

WASHINGTON, 25 Dis (dpa) – Fiat Chrysler Automobiles (FCA) kelmarin menarik balik sebanyak 570,300 kenderaan utiliti, mengatakan dua kerosakan berasingan menimbulkan ancaman risiko kebakaran kepada pemiliknya.

Satu masalah melibatkan 477,000 kenderaan dijual secara global, semua kenderaan utiliti sport Jeep Grand Cherokee dan Dodge Durango tahun 2011-12. Masalah lain melibatkan 93,300 kenderaan utiliti kompak Jeep Compass dan Patriot dari model tahun 2015, menurut laporan berita.

Jeep Grand Cherokees dan Dodge Durangos mempunyai pendawaian cermin yang rosak yang FCA katakan boleh mengalami kepanasan melampau dan menyebabkan kebakaran.

Kebanyakan kereta dengan kerosakan itu dijual di Amerika Syarikat, Kanada atau Mexico, namun 84,300 daripadanya telah dijual di negara-negara lain, lapor Detroit Free Press.

Masalah kenderaan utiliti kompak Jeep Compass dan Patriot adalah berkaitan dengan pengapit yang mengikat hos.

Penarikan semula kenderaan berkenaan kebanyakannya dijual di AS, Kanada, Mexico, manakala 24,000 yang lain dijual di negara-negara lain, menurut akhbar tersebut.

FCA tidak mengetahui jika terdapatnya sebarang kecederaan atau kemalangan yang berpunca daripada kerosakan tersebut.

ARTIKEL YANG SAMA