FIFA berdepan ‘bencana’ jika salah pilih pemimpin

FIFA berdepan ‘bencana’ jika salah pilih pemimpin

LONDON, 6 Jan (AFP) – FIFA menghadapi masa depan “bencana” jika melantik orang yang salah menerajui badan induk bola sepak dunia, kata calon presiden, Putera Ali Al-Hussein semalam ketika menerbitkan manifesto kempennya.

Kerabat Diraja Jordan itu, 40, yang ditewaskan dengan 133-73 oleh Sepp Blatter dalam pilihan raya Mei lalu, adalah salah seorang daripada lima lelaki yang dilihat menggantikan presiden dari Switzerland itu, yang diharamkan dari bola sepak selama lapan tahun bulan lalu akibat pelanggaran etika.

Putera Ali memberitahu wartawan pada meja rundingan di London bahawa dalam undian bulan depan di Zurich meletakkan peluang terakhir bagi FIFA yang dibelenggu skandal kepada kedudukan kesilapan masa lalu.

“Ini adalah masa yang penting bagi masa depan pertubuhan ini. Ia akan menjadi satu bencana jika banyak perkara salah dilihat betul,” katanya.

“Perkara paling penting ialah kita perlu memiliki kepimpinan sebenar yang bertanggungjawab tidak mengira apa yang berlaku, anda perlu memiliki kepimpinan yang boleh melaksanakan perubahan dan ia apa yang saya lakukan.

“Kita tidak mahu keadaan di mana setahun atau dua berada dalam jawatan lebih banyak skandal berlaku. Saya berazam untuk menyelamatkan FIFA dan melakukannya dari dalam. Terdapat banyak orang di seluruh dunia mahu FIFA yang kuat, kental dan saya salah seorang darinya.”

Manifesto Putera Ali meminta bagi maksimum dua penggal bagi empat tahun, yang pada masa ini tiada had bagi presiden dan ahli jawatankuasa eksekutif dan bagi ketelusan total, yang akan melibatkan penerbitan gaji–gaji eksekutif kanan.

Dia mahu menilai semula proses bidaan Piala Dunia dari tahun 2026 ke atas dan mahu meningkatkan bantuan kewangan tahunan kepada ahli-ahli.

Krisis FIFA yang ada sekarang bermula Mei lalu apabila FBI dan pihak berkuasa Switzerland, melibatkan 14 pegawai dan eksekutif pemasaran dalam satu serbuan di Zurich dua hari sebelum Kongres FIFA apabila Blatter menewaskan Putera Ali.

ARTIKEL YANG SAMA