FIFA buka laluan baru

FIFA buka laluan baru

ZURICH, 26 Feb (AFP) – Ahli–ahli FIFA hari ini memilih presiden baru dan meluluskan reformasi yang mereka harapkan akan membuka laluan keluar daripada keriuhan skandal dengan simbolik kejatuhan pemimpin veteran, Sepp Blatter.

Perebutan presiden itu menjadi persaingan Asia menentang Eropah diantara Sheikh Salman bin Ebrahim Al Khalifa dan Gianni Infantino.

Tetapi bekas naib presiden FIFA, Putera Ali bin al Hussein berazam untuk mengetepikan kesukaran dan menerima peningkatan hari ini dengan sokongan kuat dari Amerika Syarikat dan Australia.

Jerome Champagne, bekas pegawai FIFA, dan taikun Afrika Selatan, Tokyo Sexwale, juga menjejaskan kedudukan mereka kepada lebih dari 200 delegasi di Zurich.

Keputusan itu adalah tidak pasti dan pakar berkata ketua–ketua bola sepak tidak akan dapat menghindarkan dari penyiasatan rasuah berbilang negara walaupun dengan presiden baru.

Sheikh Salman (kiri) dan Gianni Infantino antara nama yang menjadi sebutan dalam perebutan presiden baru FIFA. – Reuters
Sheikh Salman (kiri) dan Gianni Infantino antara nama yang menjadi sebutan dalam perebutan presiden baru FIFA. – Reuters

Blatter, 79, merupakan ketiadaan yang besar pada kongres luar biasa di Zurich. Baron sukan dari Switzerland itu mengalami kejatuhan bagi sembilan bulan yang lalu.

Polis Switzerland, yang bertindak di bawah waran AS, menahan tujuh pegawai FIFA di Zurich dua hari sebelum pemilihannya pada Mei lalu.

Blatter sejak itu digantung dari bola sepak bagi tempoh enam tahun kerana melanggar etika dan akan menghadapi dakwaan jenayah.

Dengan penaja menahan persetujuan dan Piala Dunia kontroversi 2018 di Rusia semakin hampir, Sexwale berkata menjelang undian bahawa FIFA adalah sebuah ‘dewan yang roboh’.

ARTIKEL YANG SAMA