FIFA dipulihkan semula selepas dilanda skandal kewangan

FIFA dipulihkan semula selepas dilanda skandal kewangan

GENEVA, 29 Julai – Setiausaha Agung baru FIFA, Fatma Samoura hari ini berkata keutamaannya adalah untuk mengembalikan kepercayaan termasuk di kalangan penaja-penaja korporat organisasi, bersama FIFA dalam “masa yang bergelora” selepas lebih dari setahun dilanda skandal.

Samoura mengambil alih sebagai penjawat kedua tertinggi dalam badan induk bola sepak dunia itu pada bulan lalu, selepas pelantikannya oleh Presiden Gianni Infantino.

“Kerosakan reputasi berpunca daripada skandal kewangan mencetuskan FIFA perlu diperbaiki semula,” Samoura yang dipetik sebagai berkata dalam satu temubual bersama majalah dalaman FIFA.

‘Saya perlu untuk mengembalikan kepercayaan dan keyakinan rakan kami dan gabungan komersial kami,” tambahnya.

Penaja-penaja besar Piala Dunia seperti Visa dan Coca Cola adalah di antara suara yang kuat dalam meminta reformasi penuh ketika rasuah melanda bekas pentadbiran bos FIFA, Sepp Blatter muncul.

Samoura berkata beliau akan memulihkan dan mengembalikan kepercayaan termasuk di kalangan penaja-penaja korporat organisasi, bersama FIFA selepas lebih dari setahun dilanda skandal. - AP
Samoura berkata beliau akan memulihkan dan mengembalikan kepercayaan termasuk di kalangan penaja-penaja korporat organisasi, bersama FIFA selepas lebih dari setahun dilanda skandal. – AP

Samoura menghabiskan 21 tahun dalam Program Perkembangan PBB sebelum digaji oleh pengganti Blatter, Infantino pada Mei lalu.

Dua mantannya dalam jawatan setiausaha agung, Markus Kattner dan Jerome Valcke, keduanya dipecat kerana rasuah.

Samoura bertugas dengan pengurusan setiap hari reformasi besar-besaran yang dilaksanakan oleh FIFA dalam tindak balas kepada skandal yang belum pernah berlaku yang menjatuhkan nama-nama berkuasa dalam dunia bola sepak.

Refromasi utama adalah meningkatkan peranan wanita dalam pengurusan bola sepak.

“Saya secara peribadi telah melihat lebih dekat terhadap permohonan-permohonan bagi wanita memegang jawatan kanan dalam FIFA,’ kata Samoura.” – AFP