FIFA gantung Blatter, Platini tempoh 90 hari

FIFA gantung Blatter, Platini tempoh 90 hari

ZURICH, Switzerland, 8 Okt (AFP) – Jawatankuasa Etika Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA), hari ini menggantung Presidennya, Sepp Blatter dan bos UEFA, Michael Platini untuk tempoh 90 hari selepas kedua-duanya dilaporkan terbabit dalam kes rasuah Switzerland.

Selain itu, jawatankuasa bebas itu juga turut menggantung ahli perniagaan Korea Selatan, Chung Mong-Joon yang seperti Platini – calon presiden baharu FIFA untuk tempoh enam tahun.

Setiausaha Agung FIFA, Jerome Valcke pula yang sudah pun diarahkan untuk meninggalkan badan induk itu atas kes berbeza digantung 90 hari.

Penggantungan bagi Blatter dan Platini yang juga Presiden Kesatuan Bola Sepak Eropah (UEFA) boleh dilanjutkan kepada 45 hari.

Gambar fail menunjukkan Blatter (kiri) mendengar penerangan daripada Michel Platini pada Kongres FIFA Ke-65 di Zurich. – AFP
Gambar fail menunjukkan Blatter (kiri) mendengar penerangan daripada Michel Platini pada Kongres FIFA Ke-65 di Zurich. – AFP

Bulan lalu, pihak berkuasa Switzerland mengalih perhatian kepada pejabat Blatter di ibu pejabat FIFA dan menyoal siasat orang nombor satu badan induk itu. Blatter disoal sebagai saksi bagi kes menyalahgunakan wang FIFA apabila dituduh membuat bayaran AS$2 juta kepada Platini sebagai bayaran atas perkhidmatannya.

Selain itu, Blatter turut disoal pendakwa raya Switzerland membabitkan kontrak hak penyiaran yang dijual kepada bekas naib presiden FIFA, Jack Warner pada 2005 dengan harga murah sebelum menjualnya semula dengan nilai berkali ganda.