FIFA gantung pegawai tertinggi Qatar

FIFA gantung pegawai tertinggi Qatar

MUNICH, Jerman, 17 Nov – Tribunal etika FIFA hari menggantung pegawai tertinggi bola sepak Qatar dan Asia Saoud al-Mohannadi buat tempoh setahun selepas enggan untuk membantu satu siasatan.

Al-Mohannadi adalah naib presiden pertubuhan bola sepak negara hos Piala Dunia 2022 dan ingin untuk bersaing bagi jawatan naib presiden Konfederasi Bola Sepak Asia tahun ini sebagai langkah pertama untuk melangkah ke peringkat FIFA.

Pegawai Qatar itu juga didenda 20,000 Swiss francs (AS$19,900). Namun larangan daripada kesemua aktiviti bola sepak yang diberikan oleh majlis etika FIFA itu adalah kurang daripada larangan 30 bulan yang pada awalnya dipinta.

Al-Mohannadi dihukum atas keengganannya bekerjasama dalam satu siasatan korupsi. Dia mencabuli “tugasnya untuk bekerjasama sebagai saksi dalam prosiding berasingan,” satu keterangan FIFA menjelaskan.

FIFA bagaimanapun tidak menyatakan sasaran siasatan tersebut, namun ia tidak berkaitan dengan dakwaan yang bersangkut paut dengan penganjuran Piala Dunia 2022 Qatar.

Mahannadi, yang menafikan sebarang salah laku, telah diharamkan oleh FIFA untuk mewakili delegasi Konfederasi Bola Sepak Asia ke Majlis FIFA pada Kongres AFC bulan lepas.

Dalam memprotes kongres tersebut, yang dihadiri oleh presiden FIFA Gianni Infantino di hotel mewah di Goa, India, bulan lepas berakhir dengan singkat selepas ia dibuka apabila ahli-ahli memprotes akan pengecualian Mohannadi. – AFP