FIFA nafi lawat Indonesia Oktober ini

FIFA nafi lawat Indonesia Oktober ini

LONDON, 25 Ogos (Reuters) – FIFA menafikan dakwaan Indonesia yang badan induk itu akan melawat Jakarta pada Oktober ini dengan tujuan untuk membatalkan penggantungan terhadap bola sepak di negara Asia Tenggara itu.

Indonesia digantung Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) kerana campur tangan kerajaan terhadap pentadbiran dan liga bola sepak negara itu.

Menteri Belia dan Sukan Indonesia, Imam Nahrawi berkata pada Jumaat lalu yang FIFA akan menghantar pasukan siasatan untuk melihat pentadbiran bola sepak di negara itu.

Begitupun, badan induk bola sepak dunia itu berkata kepada Reuters, hari ini, lawatan itu adalah berita kepada mereka.

“FIFA dan AFC (Konfederasi Bola Sepak Asia) ingin mengesahkan tiada sebarang lawatan sudah dirancang,” kata jurucakapnya.

pg22_150826_b

“Tidak ada misi daripada FIFA/AFC akan berlaku sehingga pihak berkuasa kerajaan menghormati dengan sewajarnya prinsip autonomi organisasi sukan.”

FIFA menggantung Indonesia pada Jun selepas berlaku pertelingkahan membabitkan kerajaan dan Persatuan Bola Sepak Indonesia (PSSI) mengenai status pasukan yang beraksi dalam Liga Super Indonesia (ISL).

Kerajaan menolak tuntutan PSSI yang mahukan dua pasukan yang beraksi pada liga domestik negara itu meneruskan saingan di ISL.

PSSI bagaimanapun tetap meneruskan liga dan selepas dua pusingan, ia terpaksa dibatalkan selepas masuk campur kerajaan. Cubaan untuk memulakan semula liga juga gagal.

ARTIKEL YANG SAMA