FIFA perlu pembaharuan ‘menyakitkan’

FIFA perlu pembaharuan ‘menyakitkan’

pg24_150610_b

LAUSANNE, 9 Jun (AFP) – Ketua Olimpik Thomas Bach semalam berkata, skandal yang membelenggu FIFA memerlukan pembaharuan yang ‘menyakitkan’.

Presiden IOC itu berkata, krisis dalam badan pentadbir bola sepak dunia itu lebih besar berbanding kemarahan rasuah untuk undi ke atas penganugerahan Sukan Musim Sejuk 2002 kepada Salt Lake City.

“Kita tahu daripada pengalaman bahawa meletakkan segala-galanya tanpa menyembunyikan apa-apa boleh jadi menyakitkan tetapi ia benar-benar perlu.

Kita telah menyaksikannya pada masa lalu. Hanya dengan cara demikian IOC dapat memulihkan kredibilitinya,” katanya di ibu pejabat Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa di Lausanne.

Beliau menambah: “Kita hanya boleh menggalakkan FIFA untuk meneruskan hasrat pembaharuan. Kita menghargai bahawa FIFA perlu bersedia untuk perubahan yang lebih besar.”

Bach berkata, skala rasuah Sukan 2002 tidaklah sebesar mana berbanding skandal yang menyelubungi FIFA.

“Perbezaan magnitud sangat besar,” lelaki berusia 61 tahun itu memberitahu media selepas mesyuarat IOC.

“Hampir tidak ada perbandingan dengan apa yang berlaku dengan Salt Lake City dan apa yang berlaku di dalam FIFA. Sukar untuk membandingkannya. Mungkin pada dasarnya OK tetapi bukan pada skala.”

Bach berucap kepada Kongres FIFA di Zurich minggu lalu 24 jam selepas skandal rasuah menjuruskan penangkapan tujuh pegawai FIFA sebagai sebahagian daripada siasatan rasuah pimpinan Amerika.

Beliau memberitahu perwakilan di sana untuk memberikan kerjasama penuh dengan penyelidikan meluas untuk menyiasat dakwaan rasuah.

ARTIKEL YANG SAMA