FIFA sahkan lima calon presiden, Bility gugur

FIFA sahkan lima calon presiden, Bility gugur

BERLIN, 12 Nov (dpa) – Calon presiden Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) dari Liberia, Musa Hassan Bility gagal lulus pemeriksaan integriti, menurut badan induk bola sepak dunia itu hari ini, ketika ia mengesahkan lima calon lain untuk bertanding jawatan presiden FIFA pada 26 Februari depan.

Putera Ali bin Al Hussein dari Jordan, Sheikh Salman bin Ebrahim Al Khalifa dari Bahrain, Jerome Champagne dari Perancis, Gianni Infantino dari Switzerland dan Tokyo Sexwale dari Afrika Selatan, dan calon tunggal dari benua Afrika telah disahkan sebagai calon rasmi oleh jawatankuasa pengundian pemilih FIFA.

Presiden Persekutuan Kesatuan Bola Sepak Eropah (UEFA) Michel Platini juga turut mengemukakan bidaan dan boleh menjadi calon keenam selepas penggantungannya selama 90 hari ke atasnya berakhir atau jika jawatankuasa rayuan FIFA atau Mahkamah Penimbangtaraan Sukan (CAS) menarik balik pengharaman yang dikenakan oleh jawatankuasa etika berkaitan ‘bayaran’ yang beliau terima daripada presiden FIFA, Joseph Blatter yang turut dikenakan penggantungan dengan tempoh yang sama.

Gambar yang digabungkan pada 12 November 2015 menunjukkan (atas, dari kiri) Setiausaha Agung UEFA, Gianni Infantino, Presiden AFC, Sheikh Salman bin Ebrahim Al Khalifa, bekas Setiausaha Agung FIFA, Jerome Champagne, naib presiden FIFA bagi Asia, Putera Ali bin al-Hussein dari Jordan dan pengerusi jawatankuasa pemantau FIFA bagi Israel dan Palestin, Tokyo Sexwale. – AFP

Bility tidak diterima pencalonannya ‘berikutan laporan pemeriksaan integriti berkaitan dengan beliau’, kata FIFA.

Bagaimanapun FIFA tidak memberikan maklumat lanjut atas dasar hak asasi peribadi, tetapi Bility berhak merayu ke atas apa juga keputusan melalui CAS.

FIFA akan memilih presiden baru pada 26 Februari bagi menggantikan Blatter, yang menewaskan Putera Ali pada 29 Mei lepas bagi jawatan tertinggi itu, tetapi berkata dia akan berundur, empat hari selepas dipilih semula, berkaitan beberapa isu berkaitan skandal rasuah dalam lingkungan FIFA.

ARTIKEL YANG SAMA