FIFA ‘sokong’ Israel

FIFA ‘sokong’ Israel

ZURICH, 6 Okt – Presiden FIFA Gianni Infantino akan mencari penyelesaian terhadap perbalahan ke atas kelab-kelab bola sepak Israel yang beraksi dalam Tebing Barat yang diduduki ‘menjadi keutamaan’, dia memberitahu AFP dalam temu bual eksklusif.

Enam buah kelab dalam liga Israel sekarang beraksi dalam penempatan Tebing Barat, yang digambarkan sebagai tidak sah di bawah undang-undang antarabangsa.

Dengan membenarkan perlawanan diadakan di sana, FIFA terlibat dalam urusan aktiviti yang menyokong penempatan Israel, dakwa Pemerhati Hak Asasi Kemanusiaan dalam laporan baru-baru ini.

HRW berkata sokongan ini ‘mencuri’ tanah Palestin dan kehadiran kelab-kelab Israel di wilayah itu bercanggah dengan komitmen hak asasi kemanusiaan yang digariskan oleh badan induk bola sepak itu.

“Ini adalah salah satu keutamaan saya dan kami. Saya belum lagi berada dalam kawasan itu kerana keadaan seperti itu pada ketika ini belum ada di sana, tetapi kami sedang berusaha,” demikian Infantino memberitahu AFP.

Pemain sebuah kelab bola sepak Israel sedang bermain di kawasan Tebing Barat yang diduduki Israel. – AFP
Pemain sebuah kelab bola sepak Israel sedang bermain di kawasan Tebing Barat yang diduduki Israel. – AFP

Infantino berkata dia semalam menyertai sesi bertugas bersama Tokyo Sexwale dari Afrika Selatan, pengerusi bagi suruhanjaya pemantauan masalah yang menjejaskan perkembangan bola sepak di Palestin.

“Saya baru keluar dari mesyuarat bersama Sexwale untuk mencari penyelesaian kepada isu ini yang seharusnya menjadi persoalan bola sepak tetapi menjadi isu politik, di mana dunia belum menemukan penyelesaian yang memuaskan,” kata Infantino.

“Kami cuba untuk mengetepikan politik dan bercakap mengenai bola sepak dan melihat bagaimana kami boleh beraksi dengan keadaan terbaik bagi bola sepak di rantau ini.

“Dia menambah: “Saya selalu merasa yakin dengan dialog, dengan perbincangan dan dengan bercakap hanya mengenai sukan dan meninggalkan politik, kita boleh mencari penyelesaian.”

Persekutuan Bola Sepak Israel berbalah baru-baru ini bahawa sukan itu ‘diheret dari padang bola sepak ke gelanggang politik’ tetapi ia memiliki kepercayaan FIFA akan menangani isu itu dengan tepat. – AFP