FIFA tak serius tangani rasisme

FIFA tak serius tangani rasisme

MANCHESTER, United Kingdom, 27 Sept – Keputusan FIFA untuk membubarkan pasukan petugas khas anti perkauman membangkitkan kemarahan biarpun mendapat jaminan semula yang ditawarkan oleh setiausaha agung yang baru, Fatma Samoura.

Samoura yang berusia 54 tahun dari Senegal dan menjadi wanita pertama bukan warga Eropah berkhidmat sebagai eksekutif FIFA berkata, pertubuhan badan dunia itu hidup dengan tanggapan yang dilihat oleh kebanyakan pihak terlalu awal untuk menamatkan tugas pasukan tersebut.

Bagaimanapun, bekas calon presiden FIFA dua kali Putera Ali bin Hussein membidas keputusan itu sebagai ‘tidak masuk akal’.

Damian Collins, pengasas bersama New FIFA Now, sebuah kumpulan pelobi reformasi FIFA, memberitahu AFP keadaan itu menggambarkan bagaimana FIFA menangani isu-isu sebenar bola sepak.

Tetapi Samoura yang direkrut menjadi kejutan dari Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu Mei lalu, bertegas biarpun menerima kritikan dengan mengatakan FIFA berada pada laluan yang tepat.

Fatma Samoura berucap semasa Konvensyen Global Soccerex 2016 di Manchester, England, kelmarin. – AFP
Fatma Samoura berucap semasa Konvensyen Global Soccerex 2016 di Manchester, England, kelmarin. – AFP

“Jika tugasan diselesaikan, saya tidak akan berada di sini,” kata Samoura yang merujuk kepada kehadirannya pada FIFA Diversity Award bagi memerangi diskriminasi pada Konvensyen Bola sepak Soccerex Global.

Pasukan petugas itu ditubuhkan pada 2013 oleh bekas Presiden FIFA Sepp Blatter untuk membasmi perkauman dalam bola sepak tetapi dibubarkan baru-baru ini dengan badan dunia itu secara kontroversi menegaskan misi tersebut telah berjaya.

“Menentang diskriminasi adalah satu perjalanan yang panjang. Tugasan pasukan petugas adalah hadir dengan cadangan dan sekarang tugasan kami adalah untuk melaksanakannya,” kata Samoura. “Terdapat banyak inisiatif. Ia adalah tugasan moral FIFA untuk mengetuai menerusi teladan.”

Dia menduduki jawatan baru tersebut Jun lalu selepas dipujuk oleh Presiden FIFA Gianni Infantiono untuk meninggalkan PBB selepas perbezaan kerjaya selama 21 tahun bersama Program Makanan Dunia PBB yang menyaksikan dia berkhidmat dalam jawatan seperti itu di Seirra Leone dan Liberia.

Dia berusaha untuk mengurangkan kebimbangan kebanyakan orang mengenai masalah perkauman di Rusia yang bakal menjadi tuan rumah Piala Dunia 2018. – AFP

ARTIKEL YANG SAMA