FIFA timbang gantung Nigeria

FIFA timbang gantung Nigeria

pg20_160414_cABUJA, 13 April (AFP) – Nigeria berkemungkinan berdepan hukuman penggantungan buat kali ketiga sejak 2010 selepas mahkamah mengarahkan penyingkiran ketua persekutuan bola sepak negara itu.

Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) sudah menghantar surat amaran kepada Persekutuan Bola Sepak Nigeria (NFF) bahawa jika arahan mahkamah itu dilaksanakan, ia dianggap sebagai campur tangan.

FIFA melarang sebarang pihak luar mencampuri pentadbiran persekutuan bola sepak. “Jika Presiden NFF disingkirkan, kes itu akan dibawa ke pihak bertanggungjawab dalam FIFA untuk dipertimbangkan hukuman penggantungan,” kata FIFA menerusi satu kenyataan kepada The Associated Press.

Sekiranya NFF digantung, Nigeria tidak akan dibenarkan beraksi dalam mana-mana pertandingan antarabangsa. Minggu lalu, Mahkamah Tinggi di tengah bandar Jos memutuskan pemilihan NFF 2014 yang dimenangi Pinnick perlu dibatalkan dan pencabar pemimpin itu, Chris Giwa perlu mengambil alih pentadbiran.

Mahkamah tinggi di tengah bandar Jos minggu lalu memutuskan bahawa pilihan raya NFF 2014 yang dimenangi oleh Pinnick dan disahkan oleh FIFA, perlu dibatalkan dan puak saingan yang diketuai oleh Chris Giwa perlu dibenarkan menerajui persekutuan. Puak Giwa sekarang dilaporkan telah mengambil alih pejabat persekutuan.

NFF sering terlibat dalam banyak masalah. Malah sebelum pemilihan Pinnick, presiden NFF sebelumnya telah ditangkap dan dipecat dari kedudukan kerana menentang peraturan FIFA. Beliau dilantik semula selepas Nigeria digantung oleh FIFA selama sembilan hari pada Julai 2014.

Giwa membantah pemilihan Pinnick akhir tahun itu. Saingan mencapai gencatan senjata sementara apabila presiden Nigeria ketika itu, Goodluck Jonathan campur tangan dalam pertikaian.

NFF memfailkan rayuan terhadap perintah mahkamah terkini, katanya dalam satu kenyataan.

Naib Presiden NFF Seyi Akinwunmi menyifatkan keadaan semasa persekutuan mereka sebagai ‘menyedihkan, terutama ketika negara itu menikmati tempoh keamanan’.