FIFA tinjau stadium bermasalah di Rusia

FIFA tinjau stadium bermasalah di Rusia

MOSCOW, 8 Sept – FIFA semalam berkata kerja-kerja utama stadium Luzhniki Moscow untuk Piala Dunia 2018 kelihatan berada di landasan menjelang lawatannya ke kawasan pembinaan arena yang tertangguh di Saint Petersburg.

“Kami sangat gembira dengan kemajuan di Luzhniki, stadium utama untuk Piala Dunia,” ketua pegawai pertandingan dan acara FIFA. Colin Smith berkata selepas membuat pemeriksaan. “Sudah tentu masih banyak kerja yang perlu dilakukan tetapi ia berada di landasan yang betul dan mengikut jadual.”

Walaupun semua seolah-olah berada di landasan yang betul di Moscow – yang akan menjadi venue pembukaan dan final kejohanan – terdapat kebimbangan yang serius terhadap pembinaan stadium di Saint Petersburg yang dilanda krisis itu.

Colin Smith (tengah) dan CEO Jawatankuasa Penganjuran Piala Dunia 2018 Alexei Sorokin melawat kawasan pembinaan stadium baru di Saransk kelmarin. – AFP
Colin Smith (tengah) dan CEO Jawatankuasa Penganjuran Piala Dunia 2018 Alexei Sorokin melawat kawasan pembinaan stadium baru di Saransk kelmarin. – AFP

Pertikaian kontrak menyaksikan kerja-kerja dihentikan di arena bekas ibu empayar Rusia yang bakal menjadi tuan rumah separuh akhir dan tempat ketiga pada 2018. Stadium itu juga diragui akan siap menepati masa untuk Piala Konfederasi tahun depan.

Smith menegaskan terdapat beberapa ‘tanda-tanda kemajuan positif’ di Saint Petersburg selepas kontraktor baru dibawa masuk untuk menyelia pembinaan. – AFP