FIFA tolak rayuan Real, Atletico

FIFA tolak rayuan Real, Atletico

ZURICH, 9 Sept – Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) menolak rayuan Real Madrid dan Atletico Madrid berhubung larangan mendaftarkan pemain baru pada dua pintu perpindahan pemain seterusnya selepas didapati melanggar peraturan ketika mengambil pemain asing bawah 18 tahun.

Real yang menggelar peraturan itu sebagai tidak adil dan Atletico masing-masing turut didenda AS$358,000 dan AS$926,25 juta. Bagaimanapun, dua kelab gergasi Sepanyol itu sudah membuat keputusan untuk mengemukakan rayuan ke Mahkamah Timbang Tara Sukan (CAS).

“Jawatankuasa Rayuan FIFA sudah membuat keputusan untuk menolak rayuan daripada kelab Sepanyol, Atletico Madrid dan Real Madrid.

Jawatankuasa ini turut mengesahkan keputusan yang dibuat Jawatankuasa Disiplin FIFA sebelum ini,” kata kenyataan yang dikeluarkan FIFA.

Kedua-dua kelab itu dikenakan hukuman pada Januari lalu tetapi merayu agar ia ditangguhkan sementara pada perpindahan pemain yang ditutup bulan lalu. Barcelona dikenakan hukuman sama pada 2015 dengan rayuan kepada CAS terbukti gagal dalam kes mereka.

Mereka tidak boleh mendaftarkan pemain baru pada dua pintu perpindahan pada Januari 2017 dan Julai hingga Ogos 2017. Real dan Atletico dibenar mendaftarkan pemain baru pada Januari 2018. Juara Eropah Real memberikan respons dengan berkata mereka akan berpaling kepada CAS untuk menterbalikkan keputusan itu secepat mungkin. – AFP