Fiji Airways & Jetstar jalin kerjasama

Fiji Airways & Jetstar jalin kerjasama

SINGAPURA, 26 Mei – Fiji Airways dan Jetstar hari ini mengumumkan pelancaran kerjasama antara syarikat untuk menyediakan tiket perjalanan tunggal buat kali pertama yang lancar dari Malaysia ke Fiji, dan seterusnya Pasifik Selatan.

Perjanjian komersial baharu antara syarikat penerbangan Fiji dan syarikat penerbangan berjenama Jetstar Group, termasuk Jetstar Airways, Jetstar Asia, Jetstar Japan dan Jetstar Pacific, akan menghubungkan laluan Fiji Airways yang baru dilancarkan, Singapura ke Nadi.

Terdapat lebih 21 destinasi di rangkaian Jetstar dari Singapura, termasuk Malaysia.

Fiji Airways memulakan penerbangan langsung dua kali seminggu ke Singapura pada 5 April, 2016, mewujudkan penerbangan langsung pertama antara Asia Tenggara dan Pasifik Selatan.

“Kami gembira untuk meluaskan capaian kami di Asia melalui kerjasama ini dengan Jetstar bagi menghubungkan lebih banyak destinasi di rantau ini dengan rangkaian Pasifik Selatan kami yang luas,” kata Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif Fiji Airways Andre Viljoen dalam kenyataan hari ini.

“Perjanjian antara syarikat ini akan menawarkan pengalaman perjalanan yang lancar dari 21 bandar di Thailand, Malaysia, Indonesia, Jepun, China, Hong Kong, Taiwan, Vietnam, Filipina, Kemboja dan Myanmar, ke Fiji, melalui Singapura.

“Ia turut membuka kemungkinan perjalanan baharu bagi jumlah pelancong Pasifik Selatan yang meningkat untuk meneroka Asia,” katanya. – Bernama

ARTIKEL YANG SAMA