Fiji singkirkan All Black

Fiji singkirkan All Black

RIO DE JANEIRO, 11 Ogos – Pilihan pertama, Fiji mengecewakan New Zealand untuk menempah laluan ke separuh akhir ragbi tujuh sebelah berdepan pasukan penuh kejutan, Jepun yang memburu pingat pertama mereka di Sukan Olimpik.

Pasukan lain yang turut mara ke kelompok empat terbaik ialah Britain yang menewaskan Argentina, 5-0 hasil try Dan Bibby di waktu tambahan masa dan bakal berdepan Afrika Selatan yang menyingkirkan Australia 22-5.

Dalam perlawanan penuh dramatik di Stadium Deo-doro, pasukan Fiji yang diterajui pemain utama, Osea Kolinisau, menyingkirkan saingan skuad Kiwi 12-7 untuk mara.

pg23_160812_olympic logo

Aksi Josua Tuisova (depan) bersama pemain New Zealand Rieko Ioane, semasa perlawanan ragbi lelaki di Sukan Olimpik, Rio de Janeiro, Brazil, Rabu lalu. – AP
Aksi Josua Tuisova (depan) bersama pemain New Zealand Rieko Ioane, semasa perlawanan ragbi lelaki di Sukan Olimpik, Rio de Janeiro, Brazil, Rabu lalu. – AP

“Di peringkat ini (suku akhir), kami perlu menempuhnya dengan 12 pemain yang cergas..dan kami berjaya melakukannya,” kata jurulatih Fiji, Ben Ryan. “Kami cuma ada satu sasaran, kami mahukan pingat emas, bukannya perak atau gangsa.

“Kadang kala, sebagai jurulatih, agak berbahaya untuk meletakkan sasaran, tetapi kami adalah pasukan nombor satu dunia. Bukannya kami mahu berlagak, kami cuma mengatakan apa yang kami mahukan.” – AFP

ARTIKEL YANG SAMA