Filem Rock Bro! berjaya kutip RM5 juta

Filem Rock Bro! berjaya kutip RM5 juta

KUALA LUMPUR – Filem Rock Bro! terbitan bersama Grand Brilliance Sdn Bhd dan Enjit Semut Sdn Bhd mencatat kutipan hampir RM5 juta dalam tempoh 14 hari tayangan.

Mula menggamatkan pawagam di seluruh negara sejak 27 Oktober lalu, filem dibintangi Khir Rahman, Sofi Jikan dan Pekin Ibrahim pantas menarik perhatian peminat filem Melayu termasuk penggemar muzik rock.

Turut beraksi dalam filem ini adalah Kamarool Yusof, Azmi Bahron, Jihan Muse, Shuib, Esma Daniel, Amy Juliet dan Datuk Hattan.

Filem Rock Bro! terbitan bersama Grand Brilliance Sdn Bhd dan Enjit Semut Sdn Bhd mencatat kutipan hampir RM5 juta dalam tempoh 14 hari tayangan.
Filem Rock Bro! terbitan bersama Grand Brilliance Sdn Bhd dan Enjit Semut Sdn Bhd mencatat kutipan hampir RM5 juta dalam tempoh 14 hari tayangan.

Tarikan Rock Bro! pastilah plot cerita yang mengimbau zaman kegemilangan irama rock pada era 1980an dan 1990an dalam naskhah garapan sutradara terkenal, Mamat Khalid ini.

Filem yang mengisahkan mengenai pengembaraan kumpulan Rimba Bara dalam perjuangan mengejar cita-cita sebagai artis rakaman menjadi buah tangan terakhir Mamat dalam trilogi filem Rock.

Sebelum ini, filem Rock ditayangkan pada tahun 2005 disusuli Rock Ooo pada tahun 2013. Filem Rock Bro! yang berdurasi sejam 40 minit banyak diselitkan dengan lagu rock malar segar.