Filipina akan hadapi hujan lebat

Filipina akan hadapi hujan lebat

MANILA, 18 Mei (Xinhua) – Filipina sedang bersedia untuk menghadapi hujan lebat terutamanya di tmur negara pada akhir tahun sehingga suku pertama 2017 disebabkan kemungkinan berlakunya fenomena La Nina, biro cuaca negara mengingatkan.

Pentadbiran Perkhidmatan Atmosfera, Geofizikal dan Astronomi Filipina (PAGASA) berkata fenomena La Nina mungkin berlaku pada separuh tahun kedua, lapor Philippine Star, akhbar harian, pada hari ini. Biro cuaca berkata El Nino yang kuat biasanya disusuli oleh La Nina.

ARTIKEL YANG SAMA