Filipina aktifkan ‘Teluk Subic’

Filipina aktifkan ‘Teluk Subic’

MANILA, 16 Julai – Manila akan menempatkan jet-jet pejuang baru dan dua buah kapal perang di bekas tapak tentera laut Amerika Syarikat di Teluk Subic bermula awal tahun depan, menurut para pegawai, kali pertama penempatan besar-besaran itu mempunyai fungsi sebagai pangkalan tentera dalam tempoh 23 tahun.

Menggunakan Teluk Subic akan membolehkan pasukan tentera udara dan laut Filipina untuk memberi respons dengan lebih berkesan terhadap langkah China di Laut China Selatan yang dipertikaikan, menurut pakar-pakar keselamatan. Pelabuhan air dalam Teluk Subic terletak di bahagian barat Luzon, pulau utama Filipina, bertentangan Laut China Selatan.

“Nilai Subic sebagai pangkalan tentera terbukti oleh pihak Amerika. Perancang pertahanan China mengetahui itu,” kata Rommel Banlaoi, seorang pakar keselamatan Filipina.

Pernah menjadi salah sebuah tapak tentera laut AS terbesar di dunia, Teluk Subic ditutup dalam tahun 1992 selepas Senat Filipina menamatkan perjanjian pangkalan dengan Washington pada akhir Perang Dingin.

Manila telah mengubah tapak itu, yang tidak pernah digunakan oleh ketenteraan Filipina menjadi zon ekonomi.

Gambar fail bertarikh 14 Oktober 2014 menunjukkan kapal perang Amerika Syarikat dilihat berlabuh di Teluk Subic di bandar Olongapo, bahagian utara Manila. – Reuters
Gambar fail bertarikh 14 Oktober 2014 menunjukkan kapal perang Amerika Syarikat dilihat berlabuh di Teluk Subic di bandar Olongapo, bahagian utara Manila. – Reuters

Penolong Setiausaha Pertahanan, Pio Lorenzo Batino memberitahu Reuters ketenteraan Filipina telah menandatangani perjanjian dalam bulan Mei dengan pengendali zon itu, Autoriti Metropolitan Teluk Subic, untuk menggunakan sebahagian tapak itu di bawah pajakan 15 tahun yang boleh diperbaharui.

Kapal-kapal perang Amerika Syarikat kerap mengunjungi di Teluk Subic sejak 2000, tetapi hanya berlabuh ketika latihan dengan ketenteraan Filipina atau untuk menggunakan tapak komersialnya bagi pembaikan dan pembekalan semula.

Para pegawai berkata sebaik saja Teluk Subic menjadi pangkalan tentera lagi, Tentera AS boleh mempunyai kemudahan lebih besar kepadanya di bawah perjanjian setahun yang memberikan pasukan tentera AS penggunaan meluas kemudahan tentera tempatan itu, meskipun perjanjian itu ditangguhkan selepas dicabar di Mahkamah Tinggi Filipina.

Menggunakan Subic adalah langkah terbaru ketenteraan Filipina untuk memerangi keinginan maritim China.

Selain meningkatkan kerjasama keselamatan dengan AS, Jepun dan Vietnam, pihak tentera merancang membelanjakan $20 bilion dalam tempoh 13 akan datang untuk memodenkan pasukan bersenjatanya, yang mana ia adalah yang paling lemah di Asia Tenggara.

China, yang menuntut hampir kesemua Laut China Selatan berkata ia mengetahui tentang laporan pembesaran pasukan itu.

“Kami berharap Filipina meraih manfaat lebih dari kestabilan dan keamanan serantau,” menurut kementerian pertahanan dalam satu kenyataan yang dihantar kepada Reuters. – Reuters

ARTIKEL YANG SAMA