Filipina: Amaran PBB tidak ‘bertanggungjawab’

Filipina: Amaran PBB tidak ‘bertanggungjawab’

MANILA, 29 Nov – Filipina hari ini mengkritik sebagai ‘tidak bertanggung jawab dan mengejutkan’, amaran utusan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) bahawa hukuman seumur hidup ke atas dua bekas Khmer Rouge seharusnya menjadi sebagai amaran kepada Manila berhubung pencabulan hak asasi kemanusiaan.

Minggu lalu mahkamah di Kemboja yang disokong oleh PBB telah mempertahankan hukuman penjara seumur hidup bagi jenayah ke atas kemanusiaan bagi dua pemimpin kanan rejim Khmer Rouge, yang bertanggung jawab di atas kematian sehingga dua juta orang rakyat Kemboja dari tahun 1975 hingga 1979.

David Scheffer, utusan Setiausaha Agung PBB ke tribunal itu berkata para pemimpin di negara-negara seperti Filipina dan juga kumpulan Islam IS mesti ‘mengambil perhatian akan keputusan mahkamah ini.

“Kenyataan Scheffer tidak bertanggung jawab dan mengejutkan memandangkan ia ditujukan kepada kepimpinan negara demokrasi dengan sistem keadilan jenayah yang berfungsi,” kementerian luar Filipina berkata dalam satu kenyataan luar biasa.

“Kenyataannya itu adalah tidak wajar dan tidak berasas.”

Presiden Rodrigo Duterte, 71 tahun telah mengundang siri-siri kritikan antarabangsa ekoran usaha beliau memerangi dadah yang telah mengakibatkan kematian lebih 4,800 orang.

PBB, AS dan Kesatuan Eropah memberi amaran tentang dakwaan pembunuhan luar bidang kehakiman dan kegagalan peraturan undang-undang.

Duterte telah memenangi pilihan raya bulan Mei lalu dengan kemenangan besar selepas berikrar akan membunuh 100,000 penjenayah dan memusnahkan dadah haram dalam tempoh enam bulan.

Sejak beliau mengambil alih jawatan pada Jun lalu, 1,900 orang telah mati dalam operasi polis dan 2,900 lagi mati dalam keadaan yang tidak dijelaskan, menurut perangkaan rasmi. – AFP

ARTIKEL YANG SAMA