Filipina-Australia bekerjasama tangani IS

Filipina-Australia bekerjasama tangani IS

MANILA, 10 Dis – Australia bersetuju hari ini untuk membantu Filipina mempertingkat siasatan pengawasan, risikan dan forensik mereka untuk menghalang serangan gaya Paris oleh militan Islam di Asia Tenggara.

Sekurang-kurangnya lima kumpulan militan Islam di selatan Filipina telah menjanjikan kesetiaan mereka kepada Negara Islam (IS), kumpulan militan yang telah mengawal sebahagian kawasan Iraq dan Syria.

Canberra dan Manila akan mempertingkat pertukaran maklumat, memberikan tumpuan kepada aliran militan Asia Tenggara yang berkunjung ke dan dari Syria serta Iraq.

Kerjasama yang meningkat dibincangkan oleh pegawai kanan Filipina dengan Menteri Keadilan Australia, Michael Keenan dan Pesuruhjaya Polis Persekutuan, Neil Gaughan, yang mengadakan kunjungan ke Asia Tenggara.

“Kami sentiasa menimbang ancaman yang ditimbulkan oleh warga Filipina yang menyokong ISIS,” kata seorang pegawai kanan polis, merujuk kepada IS, yang meminta namanya tidak disiarkan disebabkan beliau tidak dibenarkan bercakap kepada media. – Reuters

ARTIKEL YANG SAMA