Filipina baiki kapal di LCS

Filipina baiki kapal di LCS

MANILA, 15 Julai – Filipina berkata hari ini ia sedang membaiki sebuah kapal rosak yang berfungsi sebagai kota kara di Laut China Selatan (LCS) tatkala China menghantar lebih banyak kapal dan membina pulau baru berhampiran.

Ia akan memastikan kapal BRP Sierra Madre era Perang Dunia Kedua masih dapat bertahan untuk unit kecil tentera marin yang mengawal Beting Kedua Thomas, kata jurucakap Tentera Laut Filipina Kolonel Edgard Arevalo.

“Kerja-kerja pembaikan sedang dilakukan untuk memastikan kapal berkenaan dapat didiami. Kami bertanggungjawab untuk menyediakan keperluan kepada tentera kami di sana,” beritahunya kepada AFP.

Tentera Filipina sengaja menghentikan kapal sepanjang 100 meter di atas terumbu pada 1999 dalam usaha saat-saat terakhir untuk memeriksa kemaraan China, yang empat tahun sebelumnya menduduki Terumbu Mischief yang dituntut oleh Filipina kira-kira 40 kilometer dari kawasan itu.

Singkapan itu terletak kira-kira 200 kilometer dari barat pulau Filipina Palawan dan kira-kira 1,100 kilometer dari daratan China terdekat.

Kapal BRP Sierra Madre, sebuah kapal pengangkut tempat Marin Filipina tinggal sebagai kota kara tentera. – Reuters
Kapal BRP Sierra Madre, sebuah kapal pengangkut tempat Marin Filipina tinggal sebagai kota kara tentera. – Reuters

Filipina sering menempatkan sekumpulan sembilan tentera marin secara bergilir-gilir di kapal tersebut, yang pertama melihat perkhidmatan untuk tentera laut Amerika Syarikat dalam Perang Dunia Kedua. Ia diperoleh oleh Tentera Laut Filipina pada 1970.

Dalam beberapa bulan ini, tentera Filipina telah menuduh China menggunakan kapal pengawasan laut untuk mengganggu misi pembekalan semula ke Sierra Madre.

Dalam satu kejadian yang dilihat oleh wartawan Filipina, sebuah kapal pengawal pantai China berusaha menyekat sebuah kapal Filipina untuk membawa bekalan baru kepada tentera Filipina di Sierra Madre pada Mac tahun lalu.

Arevalo mengatakan pembaikan itu bukan sebagai tindak balas ke atas pembinaan pulau China. – AFP