Filipina buru 3 dalangi letupan di Davao

Filipina buru 3 dalangi letupan di Davao

DAVAO CITY, Filipina, 4 Sept – Polis Filipina hari ini mencari tiga orang lagi yang dikehendaki bagi siasatan atas pengeboman pasar malam di bandar kelahiran Presiden Rodrigo Duterte, Davao yang dipersalahkan ke atas kumpulan pemberontak Islam.

Letupan yang meranapkan pasaran sibuk di tengah-tengah Davao City pada Jumaat, membunuh sekurang-kurangnya 14 orang dan membuatkan presiden melaksanakan perintah ‘tidak berundang-undang’ di negara itu.

Ketua polis Davao hari ini menerangkan seorang lelaki dilihat meninggalkan sebuah beg berisi bom di dalam pasar sambil diekori oleh dua orang wanita.

Polis kini sedang mencari mereka bertiga—dan kemungkinan orang keempat—bagi pengeboman itu yang dipersalahkan secara meluas ke atas kumpulan ekstremis Abu Sayyaf.

Ahli kumpulan hak asasi memegang lilin dan pelekat ketika memprotes di hadapan gereja Quiapo di Manila semalam, mengecam pengeboman di pasar malam di Davao City. Pihak berkuasa hari ini mengatakan mereka memburu tiga orang disyaki mendalangi letupan itu. – AFP

Senior Superintenden Micheal John Dubria memberitahu wartawan lelaki itu pergi berurut di sekitar pasar itu dan meninggalkan begnya di kawasan itu.

“Kami percaya bahan letupan buatan sendiri itu meletup apabila orang itu pergi,” katanya, menambah bahawa dua orang wanita mengikuti lelaki itu.

Seorang lagi mungkin meletupkan bahan letupan menggunakan telefon, katanya.

Dia bagaimanapun tidak menyatakan siapa dalang letupan, namun mengatakan bom menggunakan sebuah rangka mortar, adalah serupa dengan yang digunakan oleh ‘kumpulan ancaman’ di kawasan tengah bergolak Mindanao. – AFP

ARTIKEL YANG SAMA