Filipina: China sekat akses di Laut China Selatan

Filipina: China sekat akses di Laut China Selatan

MANILA, 2 Mac (Reuters) – China telah menempatkan beberapa kapal berhampiran atol yang dipertikaikan di Laut China Selatan, menghalang nelayan daripada memasuki kawasan penangkapan ikan tradisional dan menambah ketegangan di rantau itu, kata pegawai Filipina hari ini.

China telah menghantar tujuh buah kapal ke Atol Quirino, juga dikenali sebagai Atol Jackson, kata Eugenio Bito-onon Jr, datuk bandar PulauPagasa di Pulau Spratly. Spratly adalah gugusan kepulauan paling dipertikaikan di Laut China Selatan, rantau yang kaya dengan sumber dan laluan perkapalan penting yang menghubungkan Asia Utara ke Eropah, Asia Selatan dan Timur Tengah.

“Ia amat membimbangkan, Quirino berada di laluan kami apabila kami berkunjung dari Palawan ke Pagasa.Ia terletak di pertengahan jalan dan kami biasanya berhenti untuk berehat,” beritahu Bito-onon Jr kepada Reuters.

“Saya rasa lain. China cuba melemaskan kami dengan meletak tempat pemeriksaan rekaan di sana. Ia adalah satu pencabulan hak kami untuk berjalan, menghalang kebebasan pelayaran,” katanya.

Nelayan memberitahu datuk bandar sebuah bot Filipina telah terkandas di kawasan itu dan masih berada di sana tetapi tidak diganggu oleh kapal China. Pihak berkuasa China tidak menjawab permintaan untuk memberi komen melalui faks.

Tentera Filipina berkata ia cuba mengesahkan kehadiran kapal China berhampiran Atol Jackson, di mana sebuah kapal perang China didakwa melepaskan tembakan amaran pada nelayan Filipina pada 2011.

“Kami tahu terdapat kapal China yang belayar di sekeliling kawasan Spratly,” beritahu jurucakap Brigadier-Jeneral Restituto Padilla kepada Reuters.

“Terdapat juga kapal di sekitar Beting Thomas Kedua, maka kami mahu memastikan sama ada kehadiran berkenaan adalah tetap.”

ARTIKEL YANG SAMA