Filipina gesa siasat Duterte

Filipina gesa siasat Duterte

MANILA, 16 Sept – Filipina hari ini berdepan gesaan supaya menyiasat presidennya selepas pengakuan sendiri oleh pembunuh upahan yang mengatakan Rodrigo Duterte telah mengarahkan seribu penentang dan penjenayah-penjenayah disyaki dibunuh apabila beliau menjadi datuk bandar.

Pembunuh upahan itu memberitahu penyiasatan Senat semalam bahawa dia dan sekumpulan anggota polis telah membunuh kira-kira 1,000 orang di bandar Davao atas arahan Duterte dari tahun 1988-2013, dengan ahli politik itu sendiri menembak salah seorang dari mangsa-mangsa itu.

“Ini adalah dakwaan serius dan kami mengambil serius perkara ini, kami sedang menyiasatnya,” menurut penolong jurucakap Jabatan Negara AS Mark Toner.

Para pengkritik berkata pembunuhan yang dikatakan berlaku di Davao itu, yang mana Duterte adalah datuk bandarnya selama lebih 20 tahun, telah mewujudkan corak yang telah merebak di seluruh negara di bawah presiden baru.

Dakwaan itu muncul ketika Senat menyiasat dakwaan pembunuhan luar bidang kehakiman dalam tindakan antidadah yang sedang berjalan yang telah membawa kepada lebih 3,000 kematian dalam tempoh 72 hari pertama Duterte menjadi presiden.

Anggota Polis Kebangsaan Filipina (PNP) menjalankan pemeriksaan di sebuah jalan di Quezon City, Filipina, kelamrin. Filipina berdepan gesaan supaya menyiasat presidennya selepas pengakuan sendiri oleh pembunuh upahan yang mengatakan Rodrigo Duterte telah mengarahkan seribu penentang dan penjenayah-penjenayah disyaki dibunuh apabila beliau menjadi datuk bandar. – Xinhua
Anggota Polis Kebangsaan Filipina (PNP) menjalankan pemeriksaan di sebuah jalan di Quezon City, Filipina, kelamrin. Filipina berdepan gesaan supaya menyiasat presidennya selepas pengakuan sendiri oleh pembunuh upahan yang mengatakan Rodrigo Duterte telah mengarahkan seribu penentang dan penjenayah-penjenayah disyaki dibunuh apabila beliau menjadi datuk bandar. – Xinhua

Pemerhati Hak Asasi Kemanusiaan yang beribu pejabat di AS menggesa Manila membenarkan para penyiasat PBB menyiasat dakwaan itu.

“Presiden Duterte tidak boleh dijangka menyiasat sendiri, dengan itu adalah penting PBB dipanggil untuk mengetuai usaha seumpama itu,” pengarah pemerhati bagi Asia itu Brad Adams berkata dalam satu kenyataan.

Duterte telah beberapa kali mengaku atau menafikan penglibatan dalam skuad bunuh ketika kempen bagi pilihan raya bulan Mei, yang dimenanginya dengan kemenangan besar-besaran dengan jaminan untuk membunuh berpuluh-puluh ribu penjenayah.

Duterte setakat ini tidak mengendahkan dakwaan terbaru itu manakala penolong-penolong kanan beliau menafikannya, dengan Setiausaha Keadilan Vitaliano Aguirre menyifatkannya ‘dusta dan direka-reka.”

Wilnor Papa, pegawai kempen bagi pejabat Amnesty International di Manila berkata masalah bebas dari hukuman telah meruncing sebahagiannya disebabkan kegagalan kerajaan lalu, yang gagal mendakwa Duterte. – AFP

ARTIKEL YANG SAMA