Filipina hantar bantuan kepada mangsa banjir

Filipina hantar bantuan kepada mangsa banjir

MANILA, 24 Ogos (Reuters) – Helikopter-helikopter tentera Filipina hari ini mengangkat makanan, air dan bekalan bantuan melalui udara untuk diberikan kepada beribu-ribu keluarga yang lari meninggalkan rumah mereka ketika kejadian taufan, ketika lebih banyak mayat dikeluarkan dari bawah runtuhan tanah, menurut pegawai-pegawai bencana.

Lebih 30,000 orang dipindahkan di utara Filipina disebabkan kebimbangan banjir dan tanah runtuh dengan lebih 1,000 buah rumah musnah akibat Taufan Goni, yang sejak itu kekuatannya telah berkurangan ketika ia menuju ke timur laut ke arah selatan Jepun. Para pegawai bencana berkata kira-kira 20 orang terbunuh, kebanyakan mereka dalam kejadian tanah runtuh.

“Ketika kami melaporkan ini, pesawat –pesawat helikopter sedang membawa pek-pek makanan kepada lebih 1,000 buah keluarga yang terputus hubungan akibat jambatan di Ilocos Sur telah runtuh,” setiausaha Kebajikan Sosial Dinky Soliman berkata, dengan merujuk kepada wilayah pantai barat laut.

Lebih 5,000 orang terkandas kira-kira di lapan buah kampung di Ilocos Sur. Lori-lori tentera bergerak ke utara selepas tentera-tentera membersihkan jalan raya utama dari pokok-pokok yang tumbang dan talian tenaga yang terputus.

Anggota Angkatan Tentera Filipina mengagihkan bantuan makanan kepada penduduk selepas bandar mereka dihentam Taufan Goni dikenali dalam kalangan penduduk tempatan sebagai Taufan Ineng di wilayah Santa Ilocos Sur, utara Manila, 24 Ogos. – Reuters
Anggota Angkatan Tentera Filipina mengagihkan bantuan makanan kepada penduduk selepas bandar mereka dihentam Taufan Goni dikenali dalam kalangan penduduk tempatan sebagai Taufan Ineng di wilayah Santa Ilocos Sur, utara Manila, 24 Ogos. – Reuters

Empat mayat dikeluarkan dari bawah bertan-tan lumpur di rantau gunung Cordillera yang mana lebih 12 orang tidak dapat dikesan, kata Nestor Fongwan, gabenor wilayah Benguet.

Dua orang kanak-kanak mati lemas apabila rumah mereka dihanyutkan oleh air sungai yang melimpah keluar tebingnya berhampiran bekas pangkalan tentera laut AS di Subic.

Goni adalah salah satu dari dua puting beliung yang melanda barat laut Pasifik. Taufan Kuat Atsani juga menuju ke arah Jepun, tetapi sejak itu semakin lemah dan hari ini bergerak menuju timur laut menuju ke laut.

ARTIKEL YANG SAMA