Filipina, Jepun adakan latihan tentera laut

Filipina, Jepun adakan latihan tentera laut

MANILA, 9 Jun (AFP) – Filipina dan Jepun akan mengadakan latihan tentera laut bersama bulan ini, menurut tentera Filipina hari ini.

Latihan tersebut yang akan berlangsung pada 22 hingga 26 Jun bersama Tentera Maritim Jepun merupakan kali kedua diadakan.

Bulan lepas, kedua buah angkatan laut telah mengadakan latihan bersama selama sehari di zon sengketa Laut China Selatan, jurucakap tentera laut Filipina Kolonel Edgard Arevalo memberitahu.

Dia tidak menyatakan di mana latihan itu akan diadakan atau kapal mana yang akan turut serta.

Media Jepun dipetik daripada sumber rasmi yang tidak dinamakan, mencadangkan latihan bersama itu akan diadakan di Laut China Selatan.

Latihan tentera laut bersama Filipina dan Jepun yang akan diadakan bulan ini. – AFP
Latihan tentera laut bersama Filipina dan Jepun yang akan diadakan bulan ini. – AFP

Pada 12 Mei, dua kapal pemusnah Jepun dan satu kapal perang terbaru Filipina mencatat sejarah gerakan bersama tidak kurang 300 kilometer dari Filipina menuntut Scarborough Shoal, yang kini di bawah kuasa China.

“Ikatan bersama tentera laut ini adalah bagi tujuan berkongsi taktik, teknik dan prosedur baru serta latihan terbaik untuk melanjutkan operasi maritim,” kata Arevalo, merujuk kepada rancangan latihan tersebut.

Ini akan melibatkan “kesedaran domain maritim”, mencari dan menyelamat dan tindak balas bencana, katanya.

Presiden Filipina, Benigno Aquino dan Perdana Menteri Jepun, Shinzo Abe mengumumkan di Tokyo minggu lepas bahawa kedua-dua kerajaan akan memulakan rundingan bagi pemindahan teknologi pertahanan dan kelengkapan.

Persetujuan tersebut berkemungkinan termasuk pengeksportan perkakasan Jepun ke Filipina, termasuk pesawat peninjau anti kapal selam dan teknologi radar.

Kedua-dua pemimpin juga menyuarakan “kebimbangan serius” terhadap pembangunan pulau buatan yang didirikan oleh China di Laut China Selatan, yang mana menyalahi perjanjian serantau 2002.

Aguino yang dalam rangka lawatan ke Tokyo, juga menarik persamaan kelakuan China dan Nazi Jerman dalam pencerobohan di Eropah sebelum Perang Dunia II.