Filipina keluarkan amaran berjaga-jaga

Filipina keluarkan amaran berjaga-jaga

MANILA, 9 Sept – Filipina beri amaran semalam untuk mengambil langkah berjaga-jaga bagi letupan di gunung Mayon, di mana ia menunjukkan gunung berapi itu mempamerkan tanda-tanda ‘tidak normal’ yang boleh mencetuskan jatuhan batu dan runtuhan.

“Phivolcs kini meningkatkan amaran (Gunung) Mayon daripada paras amaran 0 hingga 1. Ini bermakna ia berada dalam keadaan yang tidak normal dan telah memasuki satu tempoh yang berbahaya,” kata institut itu dalam buletin itu.

Tetapi institut itu berkata bahawa “tidak ada aliran kawah diperhatikan setakat ini.”

Walau bagaimanapun, ia memberi amaran kepada orang ramai termasuk pelancong tempatan dan luar negara, “untuk mengelakkan jarak dalam enam kilometer dari zon bahaya yang kekal akibat bahaya jatuhan batu, runtuhan, sedutan abu dan wap atau air tanah yang terjadi secara tiba-tiba di kawasan puncak yang mungkin berlaku tanpa amaran.” – Xinhua